Cari di sini

iklan

Tuesday, 20 August 2013

Angan-angan VS Cita-cita

Semua orang ada angan-angan....selalu berangan tak salah tapi perlu seiring sejalan dengan apa yang diangankan.





Lebih baik lagi jika simpan angan-angan tersebut dan olah menjadi impian atau cita-cita supaya ia benar-benar menjadi kenyataan.

Seperti yang telah saya coretkan sebelum ini, perlu nyatakan angan-angan dalam kepala itu menjadi tulisan di kertas atau catatkan dan taip di komputer atau PC anda. Juga beritahu pada orang terdekat akan impian itu supaya dapat sama-sama merealisasikannya.

Lebih baik...tulis dan tampal pada dinding atau cermin ..tempat yang selalu kita lihat utnuk pastikan kita sentiasa ingat akan apa yang kita inginkan.



Kali ini saya lebih kepada nak berangan, jika dikurnaia kan banyak wang @ duit, banyak belanja yang saya nak. Semuanya adalah kelengkapan harian, bukan dikira membazir pun dan bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk kepentingan orang terdekat seperti kelauarga sendiri dan saudara mara. Nak rasa senang sedikit dan rasa gaya hidup berada yang beserderhana.

Adakah anda pembaca di luar sana nak tau apa yang saya berangan ni?

Rasanya biarlah menjadi rahsia saya dulu buat masa ni. Sikit-sikit bila dah tercapai kan nanti saya kongsikan dengan anda. Boleh ke macam itu?

Sebenarnya apa yang saya berangan tu bukan satu kehendak tetapi keperluan masa kini, cuma jika tak tertunai buat masa sekarang pun saya masih boleh hidup dengan ceria.



Tunggu edisi atau entri terbaru dari saya yang mana angan-angan sudah menjadi impian dan sudah tercapai.
Harap anda di luar sana juga sentiasa mendoakan saya supaya angan vs cita yang saya impikan tersebut tercapai.
Amin..........

Sumber gambar : Dari carian google