Rojak Buah adalah makanan kesukaan apabila ada masa terluang bersama keluarga dan juga menjadi makanan pencuci mulut bagi sesuatu majlis. Seperti kami yang baru sahaja habis satu majlis "potluck". Sebenarnya sudah lama, tetapi baru berkesempatan untuk berkongsi ceritanya disini.
Jom layan gambar-gambar dulu. Di bawah ini adalah resit hasil pembelian segala buah untuk buat rojak buah dan juga sambal rojak atau colek.
Ini dia antara buah-buahan yang telah dibeli. Posing sikit sebelum kena potong.
Ini pula sambal rojak yang bagi saya sedap dimakan kerana ia tidak pedas. Pertama kali rasa semasa kawan setempat kerja bawakan semasa majlis hari itu.
Antara bahan/ramuan yang terdapat dalam sambal rojak ini. Jom baca dan ambil tahu serba sedikit.
Setelah buah yang dibeli tadi diptong dan dicampur, sedia untuk dicampur sambalnya setelah menjadi rojak. kenapa rojak? Kerana tengok sajalah semua sekali bercampur baur seperti rojak. Buah atau bahan yang ada di dalam ini adalah Epal hijau, Epal Merah,Timun, Sengkuang, Buah Mangga. Tomato dan Oren saya tak masukkan, itu untuk makan di lain masa.
Sudah sedia untuk dimakan setelah dicurah sambal rojak dan digaul rata. Sungguh enak sekali. tak percaya? Anda boleh cuba sendiri di rumah masing-masing.
Di saat saya menulis entri ini, rasa dah berapa kali tertelan air liur menahan kecur akan rojak buah ini. Sebentar lagi akan saya makan juga. Haha.
Sekian.
Untuk yang
berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Facebook : Wan Rokiah
Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party
Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
No comments:
Post a Comment