Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Tuesday, 22 October 2013

Ciri-Ciri Orang Berjaya


Assalamualaikum w.b.t,
Mahukah anda tahu mengenai ciri-ciri orang Berjaya? Mahukah anda menjadi seorang yang Berjaya?
Sudah pasti setiap manusia di atas dunia ini tidak kira siapa pun dia semestinya dia ingin menjadi seorang manusia yang Berjaya. Maka elok sangat lah jika ketahui ciri-ciri orang yang Berjaya. Di sini ada tiga ciri yang penting, yang harus ada pada seorang yang ingin Berjaya.

1)     Sanggup Belajar
Jika anda adalah seorang pelajar, sudah semestinya syarat ini telah lulus. Jika anda bukan seorang pelajar, sebenarnya anda juga seorang yang sedang belajar dalam erti kata belajar tentang kehidupan tetapi secara tidak rasmi. Jika anda sanggup untuk belajar satu ilmu yang baru, ia lagilah sangat bagus.

2)     Sanggup Diajar
      Anda sanggup terima ilmu itu dari seorang guru. Sanggup mendengar dan menadah apa saja ilmu yang akan diberikan. Jika anda sanggup belajar sudah semestinya anda sanggup diajar bukan? Melainkan jika anda belajar sendiri dari bahan bacaan. Ilmu yang belajar dari seorang guru tidak sama dengan apa yang kita akan dapat dari bahan bacaan.

3)     Sanggup Mengajar
     Jika anda sudah ada ilmu, yang anda sanggup belajar dan diajar tadi, maka anda sanggup pula mengajar sesiapa sahaja mengenai ilmu tersebut. Memang anda adalah seorang yang sangat Berjaya. Sudah lengkap ciri-ciri untuk menjadi seorag yang Berjaya.

Semoga kita semua ada ciri-ciri tersebut. Tiga ciri sahaja pun kan. Untuk Berjaya dalam ilmu kehidupan memang perlu lengkap dengan tiga ciri tersebut.

Sekian.

 
Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

 


No comments:

Post a Comment