Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Thursday, 24 October 2013

Dugaan Kepada Peniaga, Rugi

Assalamualaikum w.b.t.,

Biasalah adat berniaga, ada masa untung dan ada masa alami sedikit kerugian. Kena pulak jika kita tak pandai letak harga pada suatu barangan.

Ini dah terkena pada saya. Tak tahu kenapa asal jual je produk ni mesti saya salah kira dari segi jumlah harga barang dan kos pengeposan. Biasanya dari segi pengeposan lah. Ok contoh mudah yang saya bagi ialah, kadar berat barang yang nak dipos adalah setengah kilo. Kita boleh gunakan plastik segera yang pos laju sediakan berharga RM6.

Tapi nasib saya pada hari semalam mengalami kerugian bila plastik yang digunakan koyak.Lesap RM6.



Jadi saya menggunakan cara lain iaitu dengan menggunakan plastik yang lain dan pos dengan cara timbang. Kadar yang dikenakan pos laju untuk pos produk tersebut seberat setengah kilo adalah RM7.30. Bermakna di sini bukan sahaja lesap RM6 saya tetapi saya sendiri terpaksa menambah kadar bayaran sebanyak RM1.30 lebih dari pembeli bayar.

Sebenarnya ini bukan kes kali pertama, tetapi kali kedua berlaku. Pernah masa kali pertama dulu lagi banyak perbezaan kos pos sebanyak ±RM20. Nasib baik bila cakap pada pelanggan, dia sanggup bayar kadar tambahan. Ini juga untuk produk yang sama.

Sepatutnya saya belajar dari kesilapan pertama. Maka di sini saya coretkan catatan pengalaman saya untuk rujukan saya sendiri dan orang lain. kena kaji dulu kadar pengeposan barangan untuk setiap produk barulah info kepada pelanggan. Jika boleh, buat nota untuk ini.

Jadi tips di sini ialah, sediakan ilmu, lengkapkan diri dengan ilmu kemudian amalkan.

Sekian.


Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


No comments:

Post a Comment