Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Saturday 12 October 2013

Bangi Gateway, Shopping Mall Baru

Assalamualaikum,

Cerita jalan-jalan dan sedikit santai untuk pagi ni mengenai Bangi Gateway, Shopping Mall Baru yang ada di Bandar Baru Bangi, Seksyen 15. Berdekatan dengan Restoran Tat Nasi Ayam yang saya cerita di entri yang lepas.

Kami sekeluarga datang merasmikan pembukaan Arcade Fashionista di tingkat dua Bangi Gateway shopping Mall ini sempena kedatangan artis Hafiz Hamidun pada malam hari dalam jam 9 malam 15 September yang lepas.

Sangat lama, hampir sebulan baru muncul entri, hehe. Jom layan gambar dulu.

Kawasan paling bawah. kami datang waktu malam, sangat cantik lampu yang menghiasi ruang ini. Dibekalkan dengan kipas besar, sepoi-sepoi bahasa angin nya. Nyaman sangat.


 Hafiz Hamiddun sedang mendendangkan alunan zikir terapi jiwa dari album dia. Kecil molek saja hafiz ni rupanya. Biasa tengok di TV, tidak tahu saiz sebenar. Layan, lagu sedap didengar, tenang jiwa.

 Lagu kedua dan penutup yang kami dengar lagu Ya Hanana. Ramai-ramai nyanyi sekali walau jumlah penonton tak ramai dan ruang pun agak sempit.


Jangan tidak tahu, ada sesi cabutan bertuah bagi mereka yang berbelanja di sini dan masukkan resit di dalam kotak cabutan. Hafiz sedang pilih resit untuk dicabut.


 Ada pun orang yang bertuah muncul untuk ambil hadiah. Kena soal dulu, betul ke ini orangnya. Soalan yang ditanya, no telefon, betul ke seperti yang tertera di resit.


Dah betul, kena dera lagi, disuruh zikr apa sahaja yang ingat, kalu tak, tak dapat hadiah. Pandai betul si Hafiz ni megusik peminat.


 Ha, tengok sampai suami saya pun tergelak. Cuma anak sulung tu je yang control, terpegun tengok si abang kena usik. Hehe.

Antara gambar yang di snap, nak tunjuk orang ramai yang datang. Tak ramai sangat dan tak la sikit sangat. Kebanyakkan mereka ini dari peniaga dan keluarga yang berniaga di Arcade Fashionista ini.
Ok lah kedai di sini, banyak juga pilihan bagi mereka yang nak mencari pakaian, kain, baju dan kelengkapan diri yang lain.


Ok untuk anda di luar dari Bandar Baru Bangi yang nak datang ke sini,
Ini alamat yang saya boleh bagi.

Bangi Gateway Shopping Mall,
Seksyen 15, Bandar Baru Bangi,
43650, Selangor.

Berdekatan dengan UKM, NIOSH dan gelenggang Futsal Seksyen 15.
Sekian.




Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : 
http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini :  
Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : 
Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : 
Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : wanr82@yahoo.com
Sms/whats app :
010-9336935
Facebook :
Wan Rokiah

No comments:

Post a Comment