Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Saturday 5 October 2013

Entri Pertama dari SOHO

Assalamualaikum w.b.t,



Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdullillah
Syukur pada Allah pemberi rahmat
Genap 4 bulan berbisnes online
Hari ni dapat setup SOHO sendiri...
Terima kasih pada semua yg mendoakan...

itu adalah ucapan yang saya layarkan di laman facebook kepunyaan saya semasa sedang setup SOHO. Sekarang pula saya sedang bersiaran dari SOHO milik saya sediri, menggunakan laptop yang baru dibeli, menggunakan sumber internet sendiri.


Ini memang pengalaman baru yang sangat mengujakan, sebelum ini hanya menggunakan sumber internet dari Smartphone yang terkebetulan beli pada 1/6/2013 (menggunakan rebet yang kerajaan Malaysia bagi). Dan 4/6/2013 saya daftarkan diri untuk belajar kelas asas blog dengan cikgu Zaila Mohamad, kemudian baru dikenalkan dengan pengasas Masayu Ahmad. Nampak seperti semuanya sudah direncanakan oleh Allah S.W.T yang Maha Kuasa ke atas diri saya dan orang di sekeliling.


Alhamdulillah sekali lagi, saya menggunakan duit dari keuntungan dan penat lelah selama hampir lebih sebulan berniaaga dan mengambil tempahan biskut, kerepek,banyak lagi sebelum tiba Hari Raya Aidilfitri yang lepas, juga duit komisen dari Cikgu Zaila, saya agen jualan nya, ada beberapa produk seperti baju kanak-kanak , kerepek yang saya jual dan dapat komisen. Komisen dari kelas Asas Blog dan Fan Pages. Sebenarnya banyak sumber, yang pasti kita harus rajin berusaha dan berdoa memohon pada yang kuasa.


Jika ada kelapangan saya akan kongsikan berapa sales (jualan) bulanan dan keuntungan. Memang semasa bulan puasa dan hampir raya berganda-ganda rezeki yang dapat. Betullah seperti janji Allah, bulan puasa adalah bulan rezeki, siapa yang berusaha dia akan dapat. Memang susah dah nak cari keuntungan seperti bulan puasa. penat nya juga berganda-ganda.


Alhamdulillah sekali lagi Allah telah mempermudahkan urusan saya sehingga ke hari ini. Niat saya bukan untuk kaya diri sendiri sahaja tetapi nak menolong ramai mereka di luar sana. Jom kita berniaga dan cari pendapatan tambahan untuk kukuhkan ekonomi ummah. Atau cari pendapatan pasif dengan berblog. Nak tahu caranya? Boleh hubungi saya:




Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Kedaionlinecikroki

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: 
Akademi 

No comments:

Post a Comment