Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Thursday, 17 October 2013

Makanan Tercepat

Alhamdulillah dan Asalamualaikum w.b.t

Masih diberi kesempatan untuk berkongsi di sini.
Jom baca apa itu makanan tercepat dan sangat mengenyangkan.

Sudah menjadi kebiasaan di Era Moden ini ramai yang tiada masa untuk masak lauk pauk berat sebagai hidangan terutama bagi mereka yang berkerja. Jadi satu alternatif terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan memasak makan tercepat atau terpantas. Janji perut kenyang dan boleh rehatkan diri. Setelah itu bolehlah buat kerja-kerja yang lain.

Makanan tercepat yang dimaksudkan di sini adalah pizza.
Ramai yang mengenali makanan ini bukan? Ramai pula yang menggemari tidak kira peringkat umur. Malah pelbagai kaum.

Jom layan pizza kotak yang di beli di Bangi Gateway, Jaya Grocer. Harga tak mahal pun dalam RM10.90.

Gambar di luar kotak. Saya beli yang Pepperoni Daging. Sebenarnya banyak jenis lain, macam ayam dan sebagainya.


 Sudah ada arahan mudah di belakang kotak. Sangat mudah untuk panaskan dan makan panas-panas.


Taraaa, sudah berada di dalam pinggang stelah dipanaskan. Sedia untuk dimakan.
 
Ini salah satu makan segera yang cepat, sekadar idea jika anda benar-benar tiada masa, bleh dibeli dan simpan stok di rumah. Pastikan simpan di dalam peti ais.

Sekian.


No comments:

Post a Comment