Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Wednesday 23 October 2013

Kekuasaan Allah, Ajaibnya Sedekah yang Ikhlas

Alhamdulillah dan Assalamualaikum w.b.t,

Diizinkan oleh Nya untuk saya terus menulis dan berkongsi di sini. Apa yang berlaku pada saya hari ini memang sudah tersurat dan tertulis untuk saya.


Benar-benar menunjukkan kekuasaan Allah S.W.T terhadap diri saya.

Apa yang berlaku? Baik saya ceritakan terus supaya anda pembaca sekalian tidak tertanya-tanya dengan lebih lama.

Di saat saya merasa kesempitan di tengah bulan, duit dalam bank hanya tinggal dua angka. Saki baki lepas banyak keluar masuk. Allah nak uji dan tunjukkan kepada saya perkara yang benar dan pernah dijanjikan iaitu sedekah. Bersedekah lah, banyakkan memberi, bukan menerima, di kala itu anda akan dapat pulangan yang lebih banyak, malah berganda,



Jika anda nampak saja orang yang dalam kesusahan, Di saat itu anda juga fikirkan anda juga tengah sesak, jangan fikir banyak, teruskan bersedekah dan memberi seikhlas hati, nescaya ada keajaiban di situ.

Perkara ini menjadikan diri saya lebih bermotivasi untuk lebih memberi tanpa fikirkan balasan nya. Pulangan akan datang sendiri tanpa kita sedar pun. Kadang, kita tidak sangka ia datang dalam bentuk yang lain.

Inilah yang dikatakan perniagaan yang Allah janjikan. Pulangan yang saya dapat, duit tak henti-henti masuk ke akaun bank saya. Ini bukan skim cepat kaya. Tetapi duit itu datang dari pelanggan yang membeli barangan dari kedai online saya. Sedangkan sebelum ini dah lama menyepi, tiada pelanggan online.

Barang yang lama saya tak promosikan pun ada yang bertanya dan telah beli. Syukur pada Mu ya Allah.

Ayuh kawan-kawan pembaca sekalian, jom kita amalkan amalan memberi kerana mereka yang memberi adalah lebih baik dari yang menerima. Bersedekah lah pada mereka yang benar-benar sedang memerlukan.




Sekian.


Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


No comments:

Post a Comment