Apa juadah raya haji atau raya puasa anda yang lepas? saya sudah kongsikan sebelum ini idea untuk juadah dan ini kali pula adalah untuk kongsikan gambar juadah makanan semasa sambutan Raya Haj.
Ini semua hasil air tangan dari ibu tersayang yang sangat rajin sediakan juadah. Memasak dari petang sebelum raya sehingga pagi raya. Alhamdlillah ada ibu yang sangat rajin dan penyayang.
Antara juadah nya adalah sate ayam dan nasi himpit, sambal kelapa. Kuah nasi himpit iaitu kuah kacang juga ada. Nasi dagang dan kuah ikan tongkol beserta telur rebus.
Ini pula roti jala yang ditempah dari ibu saudara, adik ibu tersayang. mak masak kuah atau gulai kari ayam. sangat sedap dapat makan kedua-duanya.
Ini ketupat palas, yang ada pulut bersambal daging.
Ini nasi dagang tulen beras kelantan yang bewarna merah. Mak masak sekilo beras. Dapat hasil nasi dagang yang banyak. Sehingga ke petang masih boleh dimakan.
Sedikit perkongsian tentang makanan semasa juadah Hari Raya Haji atau Aidil Adha. Memang beruntung balik ke kampung dan beraya bersama keluarga tercinta. Jika anda nak resepi semua ini, nantikan di entri akan datang.
Bagi peluang kat saya untuk belajar dahulu.
Sekian.
Jom
beriklan di sini : SOHO
Directory
Baca
terma iklan di sini : Syarat
pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party
Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan
fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp
ke : 010-9336935
Emel
: wanrokiahwannor@gmail.com
Facebook
: Wan
Rokiah
No comments:
Post a Comment