Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Sunday, 20 October 2013

Cabaran bila 'Supplier' @ Pembekal buat Hal

 Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah masih bertemu lagi kita di kala ini.

Sebenarnya saya ingin ceritakan kisah benar ini dari bulan yang lepas lagi tetapi kerana kekangan masa sejak akhir-akhir ini menjadikan ia terbengkalai. Kali ini diberi kesempatan untuk habiskan coretan yang sudah hampir bersawang ini.

Ceritanya mengenai bedak arab yang memang datang original dari arab. Maka pembekalnya adalah Pak Arab. Apa yang menjadi cabarannya adalah apabila kita 'deal' dengan orang luar bukan satu negara dan sebangsa dengan kita, ia agak memberi satu kesan dan pengalaman yang berlainan.

Bukan saya yang alami perkara ini, tetapi saya boleh kongsikan untuk jadikan pengajaran bagi diri sendiri dan pembaca semua terutama mereka yang ada cita-cita untuk menjadi seorang peniaga.
Di awal-awal perniagaan Bedak Arab, tidak menjadi masalah kerana jumlah dan jenis Bedak Arab yang dipesan telah selamat sampai seperti mana yang dipesan. Setelah sekian lama, Bedak Arab yang dipesan jenis lain, jenis lain pula yang sampai. Bila di 'complaint' agak tidak dilayan, jika dilayan pun acuh tak acuh.

Yang paling sadis adalah apabila Bedak Arab yang dipesan seperti yang dikehendaki tidak kunjung tiba seperti yang dijanjikan, Malah wang sudah dibayar dan mungkin tidak akan dapat balik. Yang akhirnya Pak Arab tersebut juga tidak dapat dikesan. Malah tak dapat dihubungi lagi. Maka kesannya pada peniaga ini tadi mestilah bersedih dan kecewa yang amat sehingga terus tiada semangat untuk berniaga Bedak Arab lagi sedangkan banyak order yang diterima dari pelanggan tetap yang telah beli dari dia.

Pengajarannya di sini ialah sebagai peniaga dan pembeli kita harus sentiasa berhati-hati dalam apa jua yang kita tengah uruskan. Kena kenal dengan pembekal kita yang sebenarnya, mungkin kena tetapkan atau confirm betul-betul dulu pesanan yang kita nak ada stok, baru boleh dimasukkan jumlah wang sebagai bayara, Atau boleh cari pembekal yang sanggup terima deposit dahulu dan bila barang selamat sampai ke tangan kita baru dibayar penuh. Tidak salah ambil langkah berjaga-jaga sedari awal.

Sekian.

Mungkin cerita di atas agak berlainan dari kisah sebenar, ini semua sekadar buah fikiran dan idea yang datang semasa saya tengah menulis blog ini. Maaf sekiranya berlaku apa-apa kesalahan, ambil yang positif dan tinggalkan yang negatif.

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Jangan lupa rajin-rajinkan diri singgah di blog saya yang lain
1) http://bisnesmajucemerlang.blogspot.com/
2) http://sihatdancantikdengandcl.blogspot.com/









No comments:

Post a Comment