Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Tuesday, 15 October 2013

Rajin Tolong Mama Walaupun Lelaki

  Asalamualaikum w.b.t,

Semoga pembaca dan pengikut blog saya berada di dalam keadaan sihat sejahtera.  Walau sedang sibuk menyambut Hari Raya Aidil Adha. Sibuk memasak juadah dari sumber daging. terima kasih kerana masih ada masa membaca blog saya.

Mengenai tajuk di atas, tidak semestinya menjadi perempuan barulah nak rajin menolong si mama membuat kerja-kerja rumah tetapi biarpun sang lelaki tetapi kerja-kerja rumah sangat rajin ditolong. Sebenarnya lebih kepada gaya sahaja, bukan betul buat pun. Sahaja nak sibukkan diri.

Lihat gambar-gambar dua beradik lelaki ini memporak perandakan rumah pada hari cuti. Si abang memang agak boleh diharap, rajin menyapu, nampak agak bersih.Minta maaf gambar kurang jelas. Biasa lah budak berdua ni bukan duduk diam untuk bergambar. Aktif.




Alhamdulillah, dikurniakan anak-anak yang rajin menolong biarpun lelaki. Ini kena praktik dari awal. Seawal tingkah laku kita semasa mengandung. Dari dalam kandungan pun lagi.

Sedikit perkongsian untuk hari ini.
Sekian

No comments:

Post a Comment