Entri kali ini saya nak kongsikan sedikit tips memasak yang cepat tetapi rasa yang sangat sedap.
Ok ceritanya bermula apabila si anak sulung saya minta nasi jam 9 malam, sedangkan masa itu saya baru sahaja nak keluar untuk hantarkan barang jualan oat choco ke stesen minyak berdekatan dengan rumah. Maka saya masakkan nasi siap-siap dan goreng telur untuk si anak. Dan baru teringat nak tunaikan hajat pagi tadi untuk masak rendang tapi tak jadi, tak sempat kerana penuh urusan seharian dan itu pun ada beberapa urusan yang tak selesai.
Maka saya gunakan pes rendang dari adabi, di masa depan nak cuba pes rendang dari Tupperware sebab kitakan dah jadi ahli tupperware, tak lama lagi jadi ratu Tupperware pula yang ada pendapat yang beribu riban. Amin.
Rupanya siap masak dalam 15 minit saja rendang ini, saya 9.45pm mula, dan jam 10.00 pm dah siap
Segala mudah zaman sekarang. Yang penting rajin atau malas dan nak buat atau tak saja.
Inilah dia rupa rendang daging saya, Nanti saya bagi resepi dan cara memasak yang cepat dan ringkas ini.
Sebagai suri yang bijak, paling penting suri bijak kena siap-siap dagingg potong kecil dan simpan dalam peti sejuk. Kalau boleh guna bekas Tupperware yang freezer mate. Lagi Ok, tahan lama daging dan senang untuk di urus.
Yang kedua, bila kita dah tahu dan dah plan untuk masak, letak lah bekas daging tadi kat bahagian peti sejuk yang bukan beku. Maka masa dapat dikurangkan untuk tunggu daging yang beku mencair.
Tips yang ketiga, masa masak tu tutup kuali untuk mudahkan aliran haba berolak di dlaam itu dan cepatkan masa memasak, jangan tutup api pula ya, tak masak nanti jadinya.
Tips yang keempat selalu lah kacau daging yang dalam kuali untuk bagi semua pun akan masak.
Baik sini saya sediakan bahan-bahan dan caranya,
Bahan-Bahan:
Lebih kurang 300gm daging
1 kotak santan Kara
1 pes rendang daging adabi
5 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
dan saya tambah sedikit gula dan garam
Cara-caranya:
1) Basuh bersih daging dan masukkan ke dalam kuali
2) Masukkan santan tadi dan pes adabi
3) Gaul serata dan buka api dapur
4) Masak dengan cara selalu mengacau dan tutup kuali dengan penutup. Tak ada penutup biasa tu, guna penutup kukusan pun boleh.
5) Bila dah hampir masak, bleh masukkan daun dan gla dan garam.
6) kacau sebati dan matikan api.
Boleh lah dihidang dengan nasi panas-panas.
Sekian dulu untuk entri kali ini.
Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila
sms/whatsapp ke : 010-9336935
Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Blog 2 : Stokis dan Produk DCL
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL
Sila buat
pembayaran ke
Akaun
Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank
Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Sila
sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh,
jumlah dan jenis bank)
melalui
SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat
tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti
Atau boleh
isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.
Jom
beriklan di sini : SOHO
Directory
Baca
terma iklan di sini : Syarat
pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party
Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan
fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp
ke : 010-9336935
Emel
: wanrokiahwannor@gmail.com
Facebook
: Wan
Rokiah
No comments:
Post a Comment