Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Wednesday 9 March 2016

Resepi Kek Ambun Kukus Mudah dan Gebu

Assalamualaikum w.b.t,

Kebetulan saya dapat resepi apam , eh kuih seri ayu yang biasanya warna hijau dan ada kelapa parut di atasnya, dan mengambil kira anak bongsu saya asyik meminta dibuatkan kek, bukan nak makan sangat tetapi kebiasaan mereka seronok membuatnya. Jadi saya buatkan pada petang ini dan kongsikan resepinya di sini untuk mudahkan anda dan saya juga merujuk pada masa diperlukan.

Perkongsian begini juga kekadang banyak membantu mereka yang baru mula nak belajar memasak atau surirumah yang dah tepu resepi, sekali-sekala bertukar-tukar tak ada salahnya.

Kek Kukus saya (merah jambu warna kesukaan anak bongsu saya)


Saya ringkaskan cara mebuatnya.

Resepi Kek Kukus Mudah dan Gebu
Bahan-bahan:
3 biji telur
3/4 cawan gula
1 cawan gandum
sedikit esen pisang
1 sudu kecil ovalette

Cara-cara:
1) Masukkan gula dan telur ke dalam mixer dan blend sehingga menjadi putih gebu . Jika ikut resepi asal, 6 minit lamanya
2) Masukkan ovalette dan blend lagi selama 10 minit. Saya tak ikut masa pun , nampak dah sebati kira Ok lah tu.
3) Masukkan gandum dan kacau sebati. Masa ni saya campurkan warna merah jambu.
4) Panaskan kukusan dan mula susun bekas dalam pengukus. Masukkan adunan ke dalam acuan. Saya tambah warna hijau di atasnya untuk lebih naik seri dan menarik.
5) Mula mengukus lebih kurang 5-10 minit,ikut acuan anda guna. Lebih kecil acuan, lebih cepat masa mengukus. Jimat gas dan masa.
Selamat mencuba ya.

Meh tengok kek setelah masak, seronok bila buka tutup pengukus, kek naik tinggi, gebu gebas nampaknya dan tentulah lembut.

Kek dah masak, naik tinggi
 Bila hidangkan panas-panas,anak-anak suka. Bapanya juga suka.

Bila dipotong, memang tergambar kelembutannya

Ini hasil tangan Si Amirul yang main potong konon kek hari jadi

Siap dibekalkan, boleh lah siapa nak cuba esoknya
Sekian dulu.

iklan sat: saya guna bekas zen small untuk kukus sebab dah habis acuan yang pink tu. Elok zen small tupperware, kukus dan cantik bentuknya kek lepas masak.

Sila hubungi saya seperti di bawah bagi anda yang ingin membeli sebarang produk jualan saya,
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog DCL : http://sihatdancantikdengandcl.blogspot.my/
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


No comments:

Post a Comment