Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Wednesday, 3 July 2013

Tips berniaga untuk Orang Baru


 Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya rasa terpanggil untuk berkongsi tip untuk mulakan perniagaan bagi mereka yang benar-benar tiada pengalaman berniaga.

Antara sifat –sifat dan perkara yang perlu diketahui adalah:

1.      BERANI
Anda kena berani tanggung risiko kerugian.
Memang pada peringkat awal biasanya berlaku kerugian dan anda kena berani utnuk menanggungnya. Biasa dengar pepatah bersusah-susah dulu, bersenang lenang kemudian kan? Jadi pastikan bersedia terlebih awal.

2.      RAJIN
Anda kena tukar menjadi orang yang rajin, sila buang jauh-jauh sifat malas dalam diri anda.
Rajinkan diri anda untuk membuat banyak kerja dan tugasan yang sebelum ini anda tak pandang dan tak pernah fikirkan pun.

3.      BUANG RASA PENAT
Sudah semestinya penat akan ada dan terasa setelah kita berusaha dan bersusah payah dengan membuat pelbagai kerja.
Fikir saja lah kerja apa yang tak penat kan, malah duduk saja-saja pun akan rasa penat juga kan.
Atau fikirkan ganjaran yang kita akan dapat setelah berpenat dahulu, sudah pasti penat itu akan hilang dengan sendiri nya.

4.      KORBAN MASA
Perlukan korban kan masa rehat anda selama ini. Paling utama adalah masa tidur, biasa nya kita berehat dan tidur untuk masa yang lama atau panjang.
Setelah mulakan sesuatu perniagaan, masa kita hanya sedikit untuk itu, selebihnya adalah masa untuk berfikir, merancang dan menguruskan perniagaan yang baru bermula.

5.      AKTIF DAN CERGAS
Tukarkan diri anda menjadi seorang yang aktif dan cergas. Anda kena menjadi seorang yang sihat dari segi fizikal dan mempunyai mental yang kuat. Aktif bermakna tidak boleh pasif hanya duduk di tempat anda dan biarkan semua produk jualan anda diam dalam stok. Anda perlu membawa, membuka mulut, mempromosikan apa yang anda jual. Perlu tahu serba-sedikit tentang produk anda. Boleh rujuk entri ini.

6.      CEPAT
Perlu segerakan segala tugasan terutama apabila pelanggan order. Mesti sampai pada pelanggan seperti mana yang mereka mahukan. Kerja-kerja seperti mangambil pesanan, mengira jumlah order dan memesan barangan tersebut daripada pembekal perlu disegerakan. Jangan suka bertangguh.

Sekian dulu entri kali ini, semoga apa yang dikongsikan sedikit sebanyak memberi makna untuk anda dan jangan lupa ambil nota dan serius dalam segala apa yang anda sedang lakukan sekarang.

No comments:

Post a Comment