Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah diberikan ruang waktu untuk terus menulis pada hari ini...
Sedikit perkongsian sempena bulan Ramadhan Al Mubarak (1 Ramadhan 1434),
Saya hanya salin dan tulis semula dalam entri kali ini. Asal kata-kata ini adalah diluahkan oleh jutawan terkenal tanah air kita iaitu..
Dato'Azlina
Salam Ramadhan...
Sedikit perkongsian:
Bekerjalah kerana Allah...
Berniagalah kerana Allah...
Lakukanlah solat dan puasa kerana Allah bukan kerana adat...
Mari kita hijrahkan diri kita di bulan Ramadhan ini..
Mari kita lakukan segala amalan kerana Allah Taala..
Apabila kita lakukan kerana Allah Taala...makanya
Kita akan menjaga mulut & percakapan agar tidak berkata hal-hal yang merugikan...
Kita akan menjaga telinga kita untuk tidak mendengar segala berita yang sia-sia...
Kita akan menjaga jari jemari kita agar tidak menulis ayat-ayat yang menyakiti sesama kita...
Kita akan menjaga penampilan agar tidak menjolok mata dan menutup aurat kita...
Kita akan menjaga tingkah laku agar tidak memudaratkan segala amalan kita...
Berikan segala kecintaan kita hanya pada Allah SWT...
Berikan segala pergantungan kita hanya pada Allah SWT..
Berikan segala ketakutan kita hanya pada Allah SWT...
Semoga Allah menerima setiap amalan & sentiasa memberi keampunan bagi setiap kesalahan dari kita semua....
Sekian , salam ceria dari saya..
Jadikan hidup anda pada hari ini, bulan ini lebih bermakna dengan ada pengisian yang bermakna.
No comments:
Post a Comment