Cari di sini

iklan

Monday, 8 July 2013

Kira Stok......

Alhamdulillah..

Masih dipertemukan untuk bersama-sama menulis di dalam blog ini walau rutin harian ini sudah di tinggalkan agak lama (lebih kurang 4 ,5 hari) dek kesibukan dan kekurangan masa lapang.

Kebanyakkan masa sekarang dipenuhi dengan melakukan aktiviti jual beli. Turun naik berjumpa dengan pelanggan dan juga aktiviti mengepos barang jualan pada pelanggan yang berada jauh.
Juga tak ketinggalan aktiviti mengutip hutang dari pelanggan yang biasa ambil barang dahulu, bayar selepas dapat gaji.

Walau apa pun, saya masih tak lupa akan blog ini dan sedaya upaya menulis entri-enti baru untuk tatapan pembaca dan pelanggan sekalian.

Ok berbalik pada tajuk entri kali ini adalah Kira stok, disebabkan banyak jenis barang jualan maka ada yang simpan stok dan ada yang tiada stok tetapi terus kepada pembekal apabila ada pesanan dari pelanggan. Senarai barangan harus dibuat dan kiraan berapa jumlah yang tinggal perlu untuk memastikan yang bekalan sentiasa mencukupi untuk mudahkan aktiviti berniaga.



Ini juga bertujuan untuk memastikan setiap kali pelanggan membuat pesanan, kita boleh terus bagi atau hantar pada mereka untuk memastikan masa yang diambil untuk aktiviti seperti ini tidak terlalu lama dan membuatkan pelanggan lari, ini penting terutama bagi pelanggan yang sentiasa hendak kan barang cepat sampai pada mereka.



Ini kerana pelanggan yang ada bukan saja pelanggan yang membeli untuk kegunaan sendiri tetapi ada niat yang sama untuk berniaga.



Jadi kesimpulannya,
Stok mesti sentiasa cukup dan senantiasa dikemaskini untuk mudahkan aktiviti seterusnya.