Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Friday 26 July 2013

Maggie Ketam...

Alhamdulillah bersua kembali kali ini,

Semoga semua dalam keadaan sihat dan ceria sentiasa.


Sedikit perkongsian untuk resepi kali ini iaitu Maggie ketam, yang sangat popular atau terkenal buat masa sekarang. Saya pun terikut-ikut disebabkan ada kawan bertaraf jutawan yang selalu bercerita dan berkongsi gambar-gambar masakan maggie ketam.

Ok, tidak perlu terlalu panjang entri kali ini,
Terus kepada resepi dan gambar-gambar cara memasak maggie ketam.

Resepi:
Bahan-Bahan:
3 ekor ketam segar (beli dari pasar malam)
2 bungkus maggie perisa kari
1 sudu rempah kari
garam (guan semasa rebus ketam)
telur sebiji
bawang putih dan merah
sayuran (lobak merah, bunga kubis, kubis dan lain-lain)

Cara-caranya:
1) Saya rebus ketam dahulu dengan air dan sedikit garam, setelah ketam masak, ditutup api.
2) Tumis bawang dalam kuali, masukkan air rebusan ketam setelah bawang garing,
3) Masukan rempah kari dan perasa (rempah dalam pek maggie kari).
4) Masukkan sayur-sayuran dan pecahkan telur. (Jika suka telur pecah, sila kacau. Jika tak, tak perlu kacau, biar telur sebiji)
5) Masukkan ketam yang dah dimasak tadi.
6) Masukkan mi maggie dan biar masak.
7) Angkat dan hidangkan. Perggggggggh memang lazat..sedap lah..

Anda boleh mencuba guna versi saya atau versi sendiri.

Ketam yang direbus

Masukkan mi maggie dan biarkan masak

Amirul (anak sulung punya)

Abah punya (Cik Abe)

Ni saya punya (mama)


Ok..selamat menjamu selera..
Bila dah boring atau bosan dengan masakan biasa, memang maggie lah masakan kegemaran kami. Pasti habis lah.


No comments:

Post a Comment