Hari ini saya terpanggil untuk menulis mengenai Muhasabah diri…Ini kerana saya ada terbaca
seorang kawan berkongsi satu gambar dan kata-kata motivasi dari wall facebook
(dinding muka buku) dia..
Minta maaf terpaksa campur aduk penggunaan bahasa kerana
untuk memudahkan pemahamandan penulisan.
Kira rojak la…memang rakyat Malaysia umumnya suka makan
rojak dan selalu menggunakan bahasa rojak. Tengok sahaja bahasa harian yang
diguna pakai sekarang.
Nasib lah dah abis belajar di sekolah, kalu tidak, mahu
gagal cikgu bahasa melayu kasi markah pada saya yer.
Terus kepada tajuk muhasabah diri sebagai motivasi di pagi
hari ini..Anda lihat gambar yang saya kongsikan dan baca kata-kata di dalam
nya. Cuba fahami dan amalkan.
Ini adalah untuk muhasabah diri saya sekali di samping
motivasi untuk kawan-kawan dan pembaca yang sama-sama mula berniaga atau
memulakan sesuatu pekerjaan baru. Ambil pengajaran dari nya dan jadikan hidup
anda ceria.
Senyum saja untuk meredakan kata-kata mereka, tiada guna untuk membalas,
akan jadi panjang lebar perbualan nya. Baik kita diam dan senyum, tunjukkan air
muka yang manis. Lama-kelamaan mereka akan termalu sendiri dan sedar sendiri
tanpa perlu kita bertekak dan bergaduh dengan mereka.
Jadikan ini satu ujian dan cabaran untuk menghadapi
hari-hari mendatang, jika dapat tempuhi ujian ini dengan senyuman dan sabar, in
shaa Allah kita akan Berjaya satu tahap dan akan bertambah keimanan pada yang
Maha Esa.
Alhamdulillah..sentiasa mensyukuri segala nikmat yang Allah
berikan, segala kasih sayang yang dicurahkan Nya kepada kita tanpa kita sedar.
Sekian, motivasi untuk hari ini.
No comments:
Post a Comment