Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Sunday, 28 July 2013

Jalan-jalan makan cendol dan bakso

Assalamualaikum w.b.t,

 Perkongsian kali ini adalah jalan-jalan cari makan di sekitar kawasan bandar baru bangi. Tidak berapa jauh dari tempat tinggal saya.


 Tempat nya adalah di fasa empat tambahan atau seksyen 4, di bawah teduhan pokok-pokok di tepi jalan menghala ke PKNS bandar baru bangi. kedai ini pernah masuk rangcangan TV3 iaitu jalan-jalan Cari Makan (JJCM) yang bersiaran pada hari Ahad jam 12.00 tengah hari sebelum rancangan Melodi.

Kisahnya adalah sebelum sambut puasa hari itu, saya dan adik keluar berjalanj-alan, niat di hati ingin membeli belah persiapan raya untuk diri sendiri dan anak-anak. Lepas penat berjalan, kami lalu jalan fasa 4 ini dari Kajang, ternampak kedai ini yang memang dah lama tidak singgah. jadi apa tunggu lagi, singgah dan makan dulu lah.


Tu dia beratur punya lah panjang

Sekarang kena layan diri pulak, masa dulu duduk saja dan pelayan yang akan datang ambil pesanan dan hantar pesanan.

Dah dapat dah beratur paling depan, tak lama sangat sebab pekerjanya agak cekap
Datang dah makanan yang dipesan, muka anak dara terpaksa ditutup, nanti ramai pulak yang berkenan



Jom makan dulu cendol pulut dan mi goreng
Ni saya punya mi bakso dan cendol pulut, ada bebola daging
Budak kecil tu tak nak makan sebab dah dapat seketul ayam KFC tadi
Dah siap makan tu, kami balik lah, nak tunggu apa lagi kan. Perut pun dah kenyang.
Tapi apa yang nak dikongsikan di sini, cendol nya memang sedap, boleh lah singgah dan makan lagi. Tapi untuk mi rasanya kurang sebab mungkin jenis mi yang dipakai memang tak sedap, rasa macam baru keluar peti sejuk dan rasa tak segar. Tapi kuah bakso tu memang sedap.

Untuk rakan-rakan yang suka cendol boleh lah datang dan cuba makan di sini, yang mana jarang datang ke Bandar Baru Bangi pun boleh cuba datang dan makan. Lagipun tempatnya mudah dicari, tak susah mana lah.

No comments:

Post a Comment