Hari ini dan kali ini tiada apa yang saya nak kongsikan mengenai perniagaan duit tetapi perniagaan ini juga membuahkan hasil dan menjimatkan duit anda walau hanya beberapa ringgit. Iaitu pertanian.
Tak apa, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit kan. Duit yang sedikit itu jika disimpan akan menjadi banyak.
Apa pertanian dan perniagaan ini ada saling kait mengait kah?..Ya ia tepat sekali, ada kait mengait dan kena mengena.
Sebenarnya dah lama saya ingin kongsikan cerita begini tetapi apabila perasaan M datang bertamu di dalam diri, semua kerja yang dirancang tidak menjadi. Tahukah anda apa itu perkataan M? M untuk Malas, jangan amalkan selalu ya. Sila cari perkara atau dorongan yang membolehkan dan membantu anda untuk menjadi rajin.
Ok kita teruskan kepada topik entri pada kali ini iaitu Tanam pokok yang boleh tuai hasil di masa akan datang.
Macam di halaman rumah, saya telah menanam sepohon serai daunnya rimbun, ada isinya di dalam tanah. Ada dua pohon, satu tangan saya sendiri menanamnya, satu pohon lagi Cik Abe saya atau suami saya yang menanamnya. Tak kira pohon siapa yang tanam tetapi yang penting ia dapat memberi hasil pada semua.
Nampak kan rimbun sahaja daunnya, memang kami tak pernah potong atau trim daunnya.
Pokok serai |
Pokok kedua ialah Daun Pandan, amat mudah untuk ditanam. Dan sangat senang untuk tumbuh dan membesar bagaikan juara. Asalnya ada kawan di tempat kerja yang berasal dari Indonesia yang memberi saya sepokok daun pandan untuk di tanam di rumah. Memang besar daunnya dan sentiasa tumbuh, walau dah banyak kali dipotong sebab semak di halaman, tapi ia masih hidup segar, Alhamdulillah,.
Daun Pandan |
Sebenarnya ada pokok Daun Lidah Buaya di rumah saya juga hasil pemberian kawan yang sama, tetapi lupa untuk ambil gambarnya. Mungkin lain kali.
Yang seterusnya adalah pohon buah mangga. Ini bukan saya yang tanam dan bukan di rumah saya tetapi saya selalu dapat hasilnya, dah pelbagai makanan yang saya buat dengan buah ini, dan pernah juga petik banyak-banyak dan bawa ke tempat kerja untuk rakan-rakan. Antara contoh makanan yang pernah dibuat adalah kerabu mangga, orang kelantan panggil sambal pauh (letak ikan rebus) dan juga makan macam itu sahaja dengan budu setelah dicincang. Saya jarang makan dengan colek, mungkin tidak berapa gemar.
Pohon Mangga, hanya sipi sahaja |
Akhir sekali adalah pokok yang tidak memberi hasil dan juga bukan saya yang tanam, pokok ini macam segan nak mati, Dah berapa kali cuba ditebang dan ditantas dahannya, tetapi masih hidup segar bugar tanpa nampak tanda-tanda mahu mati. Saya juga dah beli minyak tanah atau thinner untuk bakar batang tunjang nya (idea dari jiran saya) tetapi terbantut niat itu sebab musim jerebu yang melanda, risau saya pula yang menjadi salah satu punca jerebu.
Pokok segan Mati |
Itu sahaja perkongsian kali ini, tidak kusangka dalam-dalam ada perasaan M terhasil juga entri yang panjang lebar.
Moga dapat memberi idea yang bermakna untuk anda bagi menanam pokok-pokok ini di halaman rumah anda. belanja untuk serai, daun pandan dan buah mangga dapat dijimatkan.
Sebelum saya terlupa siapa saja yang teringin nak daun pandan dan serai percuma, sila datang dan ambil sendiri.
Sekian.
Tak pernah dipelawe macam mane nak amek...:)
ReplyDeleteni dh pelawa..ambil saje lah...
ReplyDeletenti amek pisau n potong sndiri..
sambil2 tu doakan lg lebat dan moga murah rezeki tuan nya...