Assalamualaikum w.b.t
Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian.
Hari ini tiada isu atau hal perniagaan untuk dibincangkan atau di uraikan.
Tetapi isu kali ini adalah lebih kepada catatan persendirian iaitu anak-anak sumber kekuatan mama. Melihat gelagat anak-anak membuatkan kita rasa gembira, ditambah lagi dengan anak kedua, bongsu buat masa ini, semakin nakal dan mengerti, semakin suka bergurau dan suka tersenyum apabila diusik. Semua ini membuatkan kita rasa bahagia.
Siapa kata anak-anak ini bukan perniagaan? Ia juga merupakan pelaburan yang mana salah satu dari cabang perniagaan. Ya ia merupakan cabang perniagaan.
Samada kita akan beroleh keberuntungan pada masa hadapan adalah kena tengok cara didikan kita pada masa kini. Perlu didik dari mula, iaitu seawal mereka di dalam kandungan. Selepas lahir dan sehingga sekarang.
Jadikan mereka anak-anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kita pada masa akan datang. Itulah pelaburan kita terutama semasa kita sudah tiada di dunia ini lagi.
Layan gambar-gambar yang bisa membuatkan mama tersenyum gembira dan pengubat di kala perasaan tidak mennetu.
Semoga kedua-dua anak mama dan abah menjadi anak-anak yang soleh dan menjadi hero mama sehingga membawa mama ke syurga.
Anak-anak ini lah yang menjadi motivasi mama untuk terus bekerja, mencari pendapatan, untuk menyediakan kehidupan yang sempurna buat mereka pada masa sekarang dan akan datang.
Semoga mereka boleh merasa kesenangan hidup seperti mana mama pernah rasai sewaktu kecil sehingga dewasa, hasil didikan arwah tok wan dan nenek mereka.
Juga boleh menjadi seperti abah, hasil didikan tok Ayah dan arwah tok nek sebelah abah.
Anda berminat untuk mencari pendapatan tambahan supaya dapat membahagiakan anak-anak dan keluarga anda?
Boleh hubungi saya
Wan Rokiah : 010-9336935 (sms/whatsapp)
fb: wanrokiah
fanpages : Kedai online cik roki
No comments:
Post a Comment