Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Friday 12 July 2013

Dr Sneeze...Ubat Elak Selsema

Assalamualaikum w.b.t

 
Gambar Dr sneeze dan cara penggunaannya


Hari ini bukan nak promosi akan ubat di atas tetapi ingin bercerita sedikit mengenainya. 

Masa-masa mula lihat ada seorang kawan berkongsi gambar Dr Sneeze dan saya membaca promosi nya.
Kemudian terus membuat carian di Google..banyak info atau maklumat menarik yang saya tahu.
Rasa ingin mencuba bertambah tebal apabila si kecik 10 bulan kat rumah tengah selsema..asyik meleleh je hingus cair....Bertambah pula dengan si abang yang kadang-kadang berhingus, kadang-kadang berhenti.

Jadi apa salah nya kita cuba dan berusaha ... tak larat nak bagi ubat , mereka pun tak larat nak minum. Ada juga Doktor bagi ubat titik dalam hidung, yang tu memang agak berkesan tetapi ubatnya setelah dibuka perlu diguna dalam masa 3 hingga 4 minggu sahaja. kalu sebulan sekali datang selsema, bermakna setiap bulan kena pergi klinik.

Ubat ini bila saya baca maklumat nya hanya senang, sapu pada bahagian luar hidung. dan satu pek ubat ini boleh tahan selama 5bulan.

Tak sabar nak balik kerja petang ni dan terus sapu pada hidung si kecik. Dan nak tengok kesannya nanti.

Saya beli pada selasa 9/7/2013, sepatutnya 10/7/2013 dah sampai pada tangan tetapi disebabkan masa tu di Johor cuti, kerana pembekal ni di johor, pejabat pos tutup. Jadi terpaksa menunggu selama dua hari.

Harga ubat ini adalah RM50, campur dengan kos pos adalah RM56.


Setakat ni dulu perkongsian cerita pada kali ini.

No comments:

Post a Comment