Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Monday 1 July 2013

Resepi Istimewa dari Orang popular bertaraf Jutawan


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, dipertemukan kita dengan hari isnin semula. Moga anda tiada perasaan takut pada hari isnin, hari mula bekerja atau sekolah bagi kami di ibu Negara ini. Sambut lah dengan perasaan gembira dan ceria. Jadikan ia hari yang bermakna.

Tak mahu berceloteh panjang kali ini sebab hanya nak berkongsi resepi yang agak pelik dan jarang-jarang orang saja memasak dan memakan makanan ini. Termasuklah saya tak pernah masak atau makan makanan ini.

Nama resepi masakan ini ialah :  Sayur Air Pedas Kulit Tembikai

Masakan ini digemari oleh orang yang popular bertaraf Dato’..ha jangan tak tahu. Dan masakan ini disediakan sendiri oleh isteri tercinta yang bertaraf Dato’ jugak.

Jom kita tengok resepi dan gambar-gambar nya yang dikongsikan. Dan ingat saya telah minta kebenaran nya untuk ‘copy’ dan masukkan dalam blog saya kali ini. Wah terharu kan..hehe.
Beliau kongsikan resepi ni di laman facebook beliau :













Untuk lebih jelas, saya salinkan di sini:

Bahan2nya:

Kulit tembikai
Ikan sardin panggang 2 ekor
Sedikit ikan bilis (jika mahu)
Bwg merah 4 ulas
Bwg putih 2 ulas
1 sudu lada hitam
2 sudu budu
Keropok keping

Caranya:

Rebus bahan2 tadi sehingga kulit tembikai masak kemudian masukkan garam dan sedikit gula.
Jangan lupa keropok kepingnya..

Makan bersama ikan kerisi goreng atau ikan kembung





Sesi iklan sebentar, siapa yang nak dapatkan keropok keping yang digunakan dalam resepi  ini boleh hubungi saya.

Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog : wanrokiah.blogspot.com
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Kedaionlinecikroki


Ok cukuplah untuk kali ini ...
Semoga semua sedang menikmati makan tengahari yang enak pada masa ini.
Sekian dulu sehingga berjumpa lagi..

No comments:

Post a Comment