Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Saturday 20 July 2013

Penantiannnnnn.......

Alhamdulillah...
dan
Assalamulaikum w.b.t


Kali ini adalah perkongsian mengenai penantian, agar ia boleh motivasikan diri sendiri dan orang lain.

Siapa yang sangat suka menanti? Pasti ramai yang menggelengkan kepala sebab  tidak suka bukan? Mungkin ada yang suka tapi hanya beberapa orang sahaja bukan semua orang.

Untuk diri saya sendiri memang sangat tidak suka menanti, sama seperti jika sudah dijanjikan pada masa itu kita akan dapat, saya hanya boleh menanti hanya setakat waktu itu, bila dah lepas waktu tersebut, automatik kita akan mula rasa tidak suka. Lagi lama lagi, menanti, lagi menjadi makin tidak suka.

Bagaimana untuk kita menjadikan diri kita suka akan Penantian ini?

1) Kita perlu tanam sifat redha dari dalam diri kita, semua yang berlaku sudah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Itu yang utama.

2) Kena setkan betul-betul masa yang dijanjikan jika kita ada temujanji dengan orang, kalau terlewat sedikit, boleh hubungi dan beritahu keadaan sebenar.

3) Jika tidak dapat penuhi perjanjian itu, bagi sebab munasabah supaya orang tersebut boleh menerima dengan tenang. Jangan bagi alasan yang tidak munasabah. Supaya orang tersebut tidak perlu menanti lagi.

4) Ingat, kesan setelah penantian itu dipenuhi, setelah dapat apa yang dinanti, mesti kita akan rasa gembira dan seronok. Maksudnya fikirkan ada hikmah di sebalik penantian kita itu.

Penantian memang merupakan satu penyeksaan kepada jiwa dan mental kita. Selagi sesuatu yang dinanti tidak tiba, tak muncul, sebarang kerja tidak menjadi, rasa tertunggu-tunggu, hanya separuh akal membuat kerja, separuh lagi terfikir-fikir akan penantian tersebut.

Tetapi setelah sesuatu yang dinanti tiba, muncul, secara automatik kita akan terus rasa gembira dan perasaan bertukar menjadi positif jika sesuatu yang dinanti menggembirakan.

Jika sesuatu yang dinanti tidak gembira, malah menyedihkan maka mungkin kita akan bersedih.

Tapi ingat jangan bersedih terlalu lama, ambil masa seketika sahaja untuk meratap, kemudian bangkit kembali.

Teruskan hidup anda, Ceriakan nya dan jadikan ia lebih bermakna. 


  

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah








No comments:

Post a Comment