Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Tuesday, 30 July 2013

Resepi Mudah.......Mi Goreng


Assalamualaikum w.b.t


Tiada apa yang nak dicoretkan pada entri kali ini melainkan hanya resepi mudah tetapi amat mengenyangkan. Ianya mudah, cepat dan senang dimasak.

Bagi yang baru berjinak-jinak masuk ke dapur, memang elok sangat lah mencuba resepi ini. Sedap tak sedap itu perkara nombor dua, yang penting masak dulu, letak bahan secukupnya pasti akan sedap. Pendek kata, mungkin orang yang makan akan suruh buat atau masak lagi buat kali kedua dan seterusnya.

Tak percaya sila cuba dulu. Lihat hasilnya kemudian.

Ok resepi kali ini adalah MI GORENG

Bahan-bahan
Mi basah (saya biasanya akan rendam dengan air panas dulu sekejap untuk hilangkan kapur pada mi)
Lauk (ayam dihiris, daging, sotong, udang dan apa-apa lauk yang ada)
Bebola ikan
Telur sebiji
sayur, biasanya sayur sawi.
garam
 sos cili,
sos tiram,
Kicap masin & manis

bawang merah dan bawang putih ditumbuk
cili boh



Cara-caranya
1)Tumis bawang bersama cili boh
2) Masukkan lauk dan gaul rata, biarkan air dari lauk agak kering.
3) Masukkan air sedikit dan garam,
4) Bolehlah dimasukkan kesemua sos dan kicap, gaul rata, pecahkan telur dan letak mi,
5) Akhir sekali letak sayur dan kacau rata sehingga masak.
6) Ambil sedikit dan rasa, jika ada yang kurang sila tambah.


Biasanya saya akan masukkan sedikit gula .al maklum la orang kelantan, tak sah jika kurang manis.


Selamat mencuba.

Tumis bawang & cili dulu
Masukkan lauk
letak fish ball & batang sayur



Baru masukkan mi

Masukkan sayur daun & cili besar

Gaul Rata

Siap dihidang




Resepi yang amat amat amat mudah...



Sangat sedap dimakan dengan keropok keping yang sudah siap digoreng.



 Anda nak dapatkan keropok keping, boleh hubungi saya

Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog : wanrokiah.blogspot.com
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Kedaionlinecikroki

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357

Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


No comments:

Post a Comment