Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Tuesday 2 July 2013

Resepi Almond choc, Bubble Rice Choc, Cornflakes Choc


 Assalamualaikum w.b.t
Jom siapa nak belajar resepi mudah sempena raya 2013 ini, hanya menggunakan dua bahan utama dan tidak perlu oven, mixer bagai dan lain-lain peralatan atau mesin, satu menu sudah siap untuk juadah di hari raya dan semestinya ia sangat sedap dan rangup untuk kudapan keluarga dan tetamu.

Sebenarnya bukan satu menu tetapi tiga menu dapat dibuat dengan dua bahan utama dengan tukar satu bahan dengan bahan yang lain.

Terus kepada resepi atau kudapan Badam Bersalut Coklat dan cara-cara nak membuat nya.
  
1)      Badam Bersalut Coklat



Bahan Utama:
Coklat Masakan @ Coklat Compound
Badam cincang
gambar ihsan: google


Cara-cara:
1)      Panggang badam cincang dulu (saya guna pemanggang ajaib). Kalu tak ada boleh je salai dalam kuali atau panggang dalam oven.
2)      Cairkan coklat secara double boil. Letak coklat yang dah dipotong kecil dalam periuk dan letak periuk di dalam kuali yang ada air di atas api sederhana.
3)      Pastikan tiada air yang masuk dalam coklat. Angkat periuk setelah semua coklat mencair.
4)      Tuang badam tadi ke dalam coklat dan gaul sebati.
5)      Setelah itu masukkan ke dalam bekas kecil (cawan kertas yang kecil) atau kali ini saya menggunakan candy crush. Tuang sahaja ke dalam candy crush dan biarkan ia mengeras. Barulah disusun di dalam bekas lain.
6)      Tamat…sesi mengunyah lah pula.


2)      Bubble Rice/ Bertih Beras Bersalut Coklat

Bahan Utama:
Coklat Masakan @ Coklat Compound
Bubble rice

gambar ihsan: google


3)      Cornflakes Bersalut coklat

 Bahan Utama:
Coklat Masakan @ Coklat Compound
Corn flakes
gambar ihsan: google



Cara-caranya adalah seperti membuat Badam bersalut Coklat.



sekian......


3 comments:

  1. klu bkar dlm pmgg ajaib tu cmne nk tau da garing rgup blom??? api bsar ke?? pmgg tu kne pnaskn dlu ke?? hrp dpt mmbntu...t.q..

    ReplyDelete
  2. memang kena pnskan dulu pemanggang,
    nak tau garing ke x, tengok color badam tu, jika dah kekuningan sdp lah tu, jangan sampai jd coklat gelap, abiss la, rentung.
    Tak pun boleh amek rasa satu ketul tu, jika dah sdp kunyah, maknanya dah garing le tu,
    Api jangan besar sbb pemangang tu cepat panas, jimat gas. Cukup api sederhana sahaja, selalu balik-balikan pemanggan untuk bagi badam kena api serata

    ReplyDelete
  3. masa nak cairkan coklat tu xyah campur susu ke pape ke? dia mmg dah manis eh? brand ape yg sis guna?

    ReplyDelete