Cari di sini

iklan

Friday, 7 June 2013

Ceriakan Hidup Anda.........

Salam Ceria,

Cuba anda lihat gambar di bawah, adakah anda rasa ceria?









Warna-warna tersebut yang sebenarnya membuatkan anda rasa ceria bukan?
Cuba anda bayangkan jika gambar tersebut bertukar menjadi hitam dan putih, adakah anda masih merasakan ia ceria pada pandangan mata anda?









Bagaimana untuk pastikan hidup anda sentiasa ceria?

Di sini saya boleh kongsikan beberapa tips yang saya sedia tahu dari pengalaman hidup, bahan bacaan dan lain-lain

1) Sentiasa bergaul dengan orang yang ceria
Kita boleh mengenal personaliti seseorang melalui pakaian yang dipakainya, cara percakapan atau pertuturannya

2) Sentiasa Senyum, Senyum itu satu sedekah
Orang akan nampak kita sentiasa berbahagia bila kita senyum, secara automatik minda kita akan jadi positif dan ceria











3) Bercerita perkara yang mengembirakan
 Ceritakan sebarang kisah gembira, bahagia, ceria bersama orang sekeliling Secara tidak langsung atau langsung akan mengembirakan mereka juga

4) Mendengar Melodi yang Ceria dan Enak di pendengaran
Seperti mendengar muzik, lagu-lagu yang membawa mood yang ceria


5) Mendengar atau Membaca Lawak Jenaka
 Sudah semestinya sebarang lawak jenaka adalah lucu dan secara automatik membuatkan kita ketawa

6) Selalu berteka teki yang lucu-lucu dengan orang persekitaran

Kita akan berasa gembira apabila orang persekitaran tidak dapat menjawab teka-teki tersebut dan secara langsung apabila kita memberi jawapan terhadap soalan tersebut, orang persekitaran akan turut berasa gembira dan ceria

Ini 6 tips yang dapat dikongsikan buat masa ini

 Sebelum berpisah atau akhiri entri kali ni, jom layan gambar ceria supaya anda sentiasa ceria