Sebelum saya bagi resepi yang selalu atau makanan rutin pada sebelah malam atau pagi bagi orang yang bekerja dan tidak punya banayk masa untuk memasak, saya ingin bertanya? ada ke antara kalian yang belum pernah makan nasi goreng?? Tak kira la versi apa pun...pasti tak ada kan? Melainkan orang itu memang tak boleh makan nasi..
Anda tak percaya? Memang ada ya orang yang tak boleh makan nasi dari kecil, jadi rutin harian dia adalah makan makanan ruji selain daripada beras/nasi. makan lah apa saja seperti mi, bihun, kuetiau, gandum dan sebagainya. Payah la sikit untuk mak dia, isteri dia untuk masak sebab kawan ni lelaki.
Ok la, saya teruskan lah dengan resepi nasi goreng versi dapur rumah saya. Biasanya nasi goreng putih yang terlebih laku kalau buat kat rumah. tapi kalu beli kat makcik bawah pokok tu saya gemar yang warna merah...campur telur mata yang separuh masak, sedap dan murah..RM2 jer sebungkus. Hehe.
Resepi Nasi goreng Putih...Mudah & terbaik
Bahan-Bahan:
Nasi putih dingin (yang semalam la tu, kalu tak ada, nasi baru pun ok)Ikan yang dah digoreng dan diambil isinya
Bawang merah 2 biji (*kalu besar 1/2 biji)
Bawang putih 3 ulas
Cili hijau 5 biji (*suka pedas letak banyak)
Sos tiram
Sedikit garam
Sayur: lobak merah, kacang buncis, sawi, bunga kubis( tengok apa sayur yang ada dlm peti)
Lauk:
ayam yang diptong kecil atau daging atau udang
Sebiji
telur
Nasi, ikan dan bwg, cili |
Sayur-sayur yang dah siap potong |
Cara-caranya:
1) Tumis dahulu bawang putih, bwg merah dan cili yang telah ditumbuk lumat.
2) Kemudian masukkan sos tiram, kacau.
3) Masukkan lauk-lauk, tunggu sehingga lauk agak masak dan pecahkan telur, jangan dikacau.
4) Biar telur agak masak baru dikacau dan masukkan sayur-sayuran.
5) Selepas itu, barulah dimasukkan nasi dan sedikit garam, Kacau sehingga sebati.
6) Setelah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama keropok keping yang telah digoreng.
Nasi Goreng putih yang siap dimasak dan sedia untuk di ngapppp |
P/S: Nak order keropok keping? Boleh isi Borang Pesanan di bawah dan hubungi saya.
Boleh rujuk maklumat lanjut tentang keropok di sini.
No comments:
Post a Comment