Jumlah Pengunjung
Cari di sini
iklan
Tuesday, 25 June 2013
Kerenah Pelanggan...
Assalamualaikum w. b.t ,
Kali ini saya terpanggil untuk mencoretkan sedikit kisah dan pengalaman yang sedang saya alami sendiri di kala ini. Semoga cerita ini boleh dijadikan panduan untuk kita semua dalam melayani dan mengatasi setiap kerenah pelanggan.
Kadang-kadang orang membeli dengan kita kerana mereka sedia kenal dengan kita. Mereka suka dengan kita dan bukannya terlalu sedap atau bagus barangan yang kita jual tetapi mereka sangat suka dengan keperibadian kita.
Ada juga orang memang niat tak nak membeli dengan kita tetapi selalu suka bertanya perihal produk dan membuat permintaan nak cuba sampel sedangkan orang lain yang tidak pernah ingin mencuba sampel terlebih dahulu pun beli banyak barangan dengan kita.Akhir sekali mereka tak membeli pun kerana hanya ada niat nak mengenakan para peniaga, biarkan sahajalah sebab Allah lebih tahu niat mereka. Semoga mereka beroleh sesuatu daripada kebaikan kita dan mereka insaf dengan perangai mereka itu yang sering meminta-minta.
Ada sesetengah produk atau barangan tidak ada sampel, hanya perlu dibeli dan dirasai sendiri bila sudah dibeli, jika suka akan produk tersebut maka mereka akan ulang membeli lagi serta secara tidak langsung bercerita akan kebagusan produk tesebut dengan orang-orang rapat.
Ada sesetengah memang suka membeli dengan kuantiti yang banyak kerana ada promosi jika beli lebih dari satu akan dapat pengurangan harga. Memang seronok lah jika berurusan dengan orang yang sebegini.
Ada juga pelanggan yang dah membuat pesanan tetapi bila barangan sudah ada dibatalkan semula, jadi peniaga harus menanggung. Ada tip untuk elakkan perkara sebegini berlaku adalah dengan menyuruh si pembeli membayar dahulu secara penuh jumlah harga barangan atau separuh dahulu seperti deposit. Ini juga untuk membantu peniaga menggunakan wang tersebut sebagai modal terlebih dahulu dan sebagai jaminan.
Apa-pun sebagai peniaga kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi seribu ragam kerenah pelanggan atau pembeli kita. Yang mana boleh puaskan hati, boleh, yang mana tak boleh, sila cari jalan untuk perbaiki lagi.
Sehingga berjumpa di lain hari dan di lain coretan…
Semoga anda sentiasa ceria dan jadikan hidup ini bermakna untuk diri sendiri dan orang lain.
Labels:
Catatan Penulis,
Motivasi,
perniagaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment