Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Tuesday 11 June 2013

Resepi Agar-agar Roti OREO

Assalamulaikum w.b.t,
 Salam ceria dan jadikan hidup anda bermakna,

Nak kongsi resepi yang baru je buat baru-baru ini,
ini pun disebabkan ada permintaan dari kawan yang telah merasa agar-agar roti yang ada oreo ni.

Sebelum tu, minta maaf la sebab gambar yang nak dikongsikan tidak berapa cun.
Ini berlaku disebabkan kurang sabar semasa melihat agar-agar dah siap, terus ambil dan korek dengan sudu.

jadi itu la rupanya. Tapi tak apa ada gambar lain yang dah siap potong dan siap dihias lagi.
Di bawah gambar yang diisi dalam bekas untuk bawa ke tempat kerja.

Gambar ni mungkin pelik sedikit jika orang tak tau yang saya guna kulit limau di luarnya.


 

ok la, ini resepi nya.

Bahan-bahan :
4 keping roti gardenia
1biji telur
sedikit/sesudu planta
susu cair 1/2 tin
sedikit gula

agar-agar simpul 1/2 plastik
 air

biskut oreo hancur

Caranya:
1) Masak agar-agar dan air sehingga larut.
2) Blend/kisar semua bahan-bahan lain
3) Masukkan bahan yang dikisar ke dalam agar-agar setelah larut.
4) Bila dah agak sebati, ambil loyang yang dah disejukkan dalam peti sebentar
untuk pastikan agar-agar cepat keras.
5) tabur oreo ke dalam agar-agar dan tuang ke dalam loyang
6) sejukkan dan boleh dimakan
Selamat Mencuba.....





No comments:

Post a Comment