Kenapa perlu bersusah payah nak buat bisnes @ perniaagaan, duk sibuk promosi barang macam-macam, gaji yang dapat tiap bulan tak cukup ke? Banyak sangat ke masa yang ada nak buat rutin kerja harian di tempat kerja lagi? Sempat ke nak jaga keluarga dan rumahtangga? Dan lagi boleh ke nak urus perniagaan sehingga benar-benar mendatangkan untung serta mendapat pelanggan tetap?
Ini semua soalan-soalan yang kadang-kadang sahaja kita boleh jawab dan fikirkan. Selain nya kita teruskan,teruskan dan teruskan sehingga Berjaya.
Jika jatuh, bangun dan bertabah serta cari kelemahan kenapa boleh terjatuh dan jangan ulangi serta perbaiki kelemahan tersebut atau jadikan/tukarkan kelemahan tersebut menjadi kekuatan.
Nak kongsi 10 perkataan yang dapat ditukar dari buruk kepada baik. Sumber nya adalah daripada facebook.
Selalu katakan pada diri sendiri 10 PERKATAAN INI, sentiasa INGAT.
AKU BOLEH!!!
AKU PASTI CUBA!!!
INI SATU CABARAN!!!
SEKARANG JUGA!!!
CUBA LAGI!!!
PASTI BERJAYA!!!
JANGAN TANGGUH!!!
BUKTIKAN!!!
SAYANG!!!
AKU PASTI BERJAYA!!!
Ini ringkasan catatan saya untuk kali ini kerana perkara ini telah terdetik di hati sendiri dengan pertanyaan-pertanyaan sebegini dan ia juga mungkin akan menjadi persoalan kepada kawan-kawan sekeliling.
Apa pun sebenarnya perniagaan adalah minat saya daripada dulu. Saya sendiri dilahirkan dalam keluarga yang menjalankan perniagaan sebagai asas pendapatan. Bermula dari nenek sebelah bapa, nenek sebelah mak dan turun kepada mak sendiri, sekarang ni mak saudara pun kebanyakan ada perniagaan sendiri tapi tidaklah sampai ke taraf jutawan. Hanya kecil-kecilan di kampung halaman sendiri.
Jadi asas perniagaan itu mengalir seperti darah di dalam tubuh badan, hati nurani sendiri. Dan saya berpegang kuat yang Allah s.w.t juga telah mengatakan yang cabang rezeki adalah 9 daripada 10 datang dari perniagaan dan siapalah kita untuk menafikan perkara ini.
Wa Allahuallam…..
chaiyyok!!
ReplyDeletetq..teruskan bg smgt yer cikgu dan kawan2 seperjuangan
ReplyDelete