Kali ini saya ingin menunjukkan gambar-gambar semasa pembuatan keropok, cara pemprosesannya sehingga lah dibungkus menjadi pek kecil atau besar untuk dijual kepada pengguna. Gambar di bawah adalah menunjukkan proses membentuk/mengontel keropok menjadi panjang atau bahasa Kelantan menyebut ‘toko’. Selepas itu keropok tersebut akan direbus sehingga masak. Untuk resepi dan cara membuat yang lebih jelas boleh rujuk entri saya yang sebelum ini.
Gambar di bawah adalah menunjukkan keropok yang dibekukan di dalam peti, diambil dan dipotong menjadi kepingan menggunakan mesin potong keropok.
Selepas itu keropok tersebut akan dijemur diatas ampaian yang dinamakan ‘acok’ atau bidai buluh. Seterusnya setelah keropok tersebut kering, baru lah boleh dipek @ dibungkus di dalam plastik bungkusan seperti gambar bawah sekali di hujung kanan.
Lepas itu akan sampai la pada pengguna jika membeli dan boleh mengoreng dulu sebelum dimakan dengan apa jua menu makanan anda. Dan ia juga sangat sedap dimakan begitu sahaja.
Ok semoga segala info yang saya bagi adalah berguna dan bermakna dalam hidup ada.
Jika ingin mendapatkan keropok ini, sila lah hubungi saya, jangan malu jangan segan.
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Blog : wanrokiah.blogspot.com
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Kedaionlinecikroki
Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357
Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti
Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog
ini.
No comments:
Post a Comment