Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Wednesday, 19 June 2013

Resepi Paprik Ayam

Salam ceria dan jadikan hidup anda bermakna arini dan akan datang,

Resepi kali ini yang nak dikongsikan adalah Paprik Ayam yang baru je masak dalam minggu ini.

Bahan-Bahan:
Tomato 2 biji
Lobak merah
Kacang buncis
Bunga Kubis
Asam limau
Daun limau
Halia
Cili Hijau
Bawang putih
Bawang Merah
Serai (tiada dlm gmbr)
Kicap
Sos tomato
Sos lada
Sos tiram
Ayam


Cara-Caranya:

1) Tumis bawang merah, bwg putih dan halia sehingga garing, masukkan air. (Gambar 1)
2) Masukkan serai yang diketuk dan segala macam sos.
3) Kemudian masukkan ayam yang dipotong kecil,kacau hingga sebati. (Gambar 2)
Kalau saya, suka tutup dulu kuali untuk mudahkan/cepatkan ayam masak.
4) Akhir sekali masukkan segala macam sayur-sayuran kecuali tomato.(Gambar 3)
Pastikan semua dah masak, Tutup api dan masukkan tomato.
5)Kacau dan angkat untuk dihidangkan.
Siap.......





 Gambar terbalik....tak boleh nak adjust dah












Ok selamat mencuba...
Ringkas sahaja entri saya kali ini.

Hari ini sangat sibuk kerana keseorangan menjaga si kecik 2 orang...
Ok la salam dan selamat tinggal.

No comments:

Post a Comment