Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Wednesday, 18 December 2013

Tune Talk Prepaid Terbaik, Guna dan dapatkan pendapatan

Assalamualaikum w.b.t,

Saya terjumpa artikel ini semasa mencari maklumat mengenai tune talk dan saya rasa saya perlu berkongsi dengan anda semua pembaca blog saya. saya rasa saya perlu menjadi orang yang bertanggungjawab untuk memberitahu anda tentang cerita yang En Mazelan sampaikan di bawah. Siapa En Mazelan ini? Seorang pengguna bijak Tune Talk Tone Excel.



Salam sejahtera kepada sahabat semua.

Hari ini saya ingin membincangkan dengan anda kenapa ramai orang yang menyertai perniagaan MLM (MultiLevel marketing, bisnes online, refferal program, affiliate program) biasanya berkesudahan dengan kehampaan. Kalau ada yang berjaya mendapat hasil tersebut dengan banyak sekali pun, ia hanya dapat dalam waktu singkat sahaja. Tetapi 99% biasanya habis duit daripada dapat duit.

Tujuan saya bercerita ini semata-mata (kalau boleh) untuk mengelakkan anda dan rakan-rakan yang lain supaya tidak kehilangan duit didalam pencarian rezeki di dunia perniagaan seperti ini. Itu sahaja.

___________________________________________________________________

Kejayaan dalam MLM ini bagi pandangan saya adalah, anda sertai satu program perniagaan, anda promote dalam satu jangka masa tertentu, anda dapat komisyen melebihi modal yang anda keluarkan, dan sampai satu tahap walau pun anda stop buat promosi, anda stop mengembangkan perniagaan tersebut, tetapi komisyen atau income nya tidak stop dan ia makin membesar setiap bulan. Itu bagi saya kejayaan dalam perniagaan MLM.

Saya pernah menghabiskan banyak masa mengkaji masalah ini. Kesudahnya saya dapat membuat kesimpulan:

"Setiap 200 perniagaan MLM (dan sewaktu dgnnya) yang kita dengar, kita jumpa dan kita diajak kepadanya, hanya SATU sahaja perniagaan yang TERBAIK. Manakala diantara 200 orang yang membuat perniagaan TERBAIK itu, hanya SEORANG sahaja yang akan berjaya"


Huraian:

Setiap hari kita dijemput oleh email, facebook, kawan-kawan, saudara mara, website2, mengajak kita menyertai perniagaan mereka. Kadang-kadang berpuluh-puluh perniagaan, yang bestnya mereka mengatakan inilah perniagaan terbaik. Yang mana satu yang terbaik, poning den nak fikirkan. Takkan kita nak masuk semua, koyak kita dibuatnya.

Kalaulah kajian saya tu betul, maka terdapat dua halangan besar untuk seseorang berjaya didalam bidang ini.

1. Mana satu perniagaan terbaik?
Dari 200 perniagaan yang lalu depan kita, mana satu yang terbaik, macamana nak pilih. Kalau 200 perniagaan yang dihidangkan kepada kita, kalau kita tidak mempunyai cara yang betul untuk memilih yang terbaik, betapa mudahnya untuk kita memilih perniagaan yang akan menggagalkan kita. Setiap kegagalan itu biasanya menghabiskan duit kita. 199/200 atau 99.5%  kita akan terpilih perniagaan yang salah. Bukan senang nak pilih perniagaan yang baik ni.

2. Dari 200 orang yang memilih perniagaan terbaik itu, hanya SEORANG sahaja yang melepasi untuk menjadi orang yang berjaya dalam perniagaan tersebut. Adusssss! bukan senang nak senang rupanya. 99.5% akan gagal. Kalau tak percaya, dengar cerita ini. Pernah sekali ketika saya mengendalikan kursus membina website, terdapat beberapa orang "Jutawan" perniagaan MLM XXX, mana tak jutawan, gambar dia dengan kereta Merc terpampang masuk dalam surat khabar dan majalah. Saya memang respect kat mereka kerana berjaya sampai tahap macam tu. Saya pun tanya "Kenapa nak datang kursus macam ni lagi, sedangkan cara yang tuan ada telah terbukti membawa kejayaan, kenapa nak tukar approach?". Tahu apa mereka kata? Dulu tak apa lah En Mazelan, jualan bagus, sekarang, nak bayar duit kereta Merc ni pun tak larat, dah dua bulan ni tak bayar? Tunggu kena tarik je. Aik!! Saya tanya, bukan ke kereta tu dapat free. Mereka kata, Cih! Down payment je kompany bayar, itu pun pasal kita dapat buat sales dan group sales banyak, monthly kita kena bayar sendiri. Bila tak ada sales atau sales kurang, waktu tu bala pun sampai la En Mazelan. Kompani akan gunakan cerita kita, gambar kita dengan Merc semata-mata untuk tujuan promosi supaya ramai orang menyertai perniagaan tersebut.
Ooooo macam tu ke.........

Jadi kesimpulannya kalau kita dapat melepasi dua halangan besar ini, maka kita akan berjaya dalam perniagaan tersebut, InsyaAllah.
____________________________________________

So, sekarang mari kita lihat lebih jauh, bagaimana untuk kita memilih perniagaan terbaik tadi. Sebenarnya, ini merupakan satu perkara yang sangat subjective. Terlalu luas skope nya untuk kita meneliti perkara tersebut. Saya sebenarnya tiada cara muktamad untuk mementukan samada perniagaan itu terbaik atau tidak. Cuma saya gunakan tanda-tanda atau signal yang akan memberitahu saya bahawa ini merupakan perniagaan terbaik.

Jadi disini saya mencadangkan tanda-tanda perniagaan yang baik untuk anda sertai:

a. Jika anda menyertai satu-satu perniagaan itu, perlu ada terlintas didalam hati, "Saya ingin menyertai perniagaan ini SEMATA-MATA kerana saya ingin memakai produk tersebut, bukan pasal biz ni". Saya bukan nak sponsor orang, saya tak mahu downline walau pun seorang. Jika anda terfikir, "walau pun saya tiada downline seumur hidup, saya tetap menggunakan produk ini" maka anda telah 50% berjaya memilih satu perniagaan yang baik.

Jika anda tapis menggunakan kaedah ini, jika ada perniagaan yang terlepas dengan penapis ini, biasanya perniagaan itu mempunyai repeat sales yang tinggi. Repeat sales yang tinggi akan menjadi income yang berulang kali, tak perlu push orang utk maintain dan sebagainya.

Ramai orang yang memilih perniagaan yang untung tinggi kalau dapat buat jualan, sekali jual dapat untuk besar, jadi nak kena jual selalu, kalau kita penat, maknanya tak ada untung la. Kalau tahap penggunaan produk tu tinggi, sponsor sekali untung berkali-kali, walau pun untungnya kecil. Ini yang dipanggil residual income.

b. Satu lagi tanda-tanda perniagaan yang baik. Selepas anda menyertai perniagaan tersebut, anda balik rumah terus nak sponsor ibu bapa, isteri/suami, anak-anak, saudara mara, jiran-jiran, kerana apa, anda yakin bahawa perniagaan ini adalah satu kebaikan untuk anda dan orang yang anda sayangi. Ini tidak, kita join satu perniagaan, senyap2 takut bini marah, takut dia kata "Sudah2lah buat biz itu ini, buat perabih beras je, hasil tak pernah nampak". He he he padan muka kena marah...........

Bayangkan satu perniagaan yang kita rasa ia baik, tapi anak bini pun kita tak mahu sponsor, kenapa? kita sebanarnya tahu ia "beban", tapi dek terpengaruh dengan kata2 manis upline, kita pun join, anak/bini kat rumah kita tak mahu sponsor, tapi kita terkedik-kedik nak sponsor orang lain. Tak ke kelakar bunyi nya. Kita tak mahu anak/bini kita tanggung beban, tapi kita nak sebarkan beban pada orang lain.

Jika anda dapat satu perniagaan yang anda akan menggunakan produk walaupun tiada donwline, anda dapat perniagaan yang bila balik rumah je terus sponsor ahli keluarga kita untuk menyertai, itu adalah tanda-tanda perniagaan itu adalah perniagaan yang baik.

Selama lima tahun saya hanya buat 2 perniagaan online, itu pun berpengkalan di oversea. Kedua2nya menjadi sumber rezeki yang Tuhan berikan kepada saya sehingga kehari ini. Dan selama beberapa tahun saya menunggu perniagaan yang memenuhi 2 tapisan yang saya gunakan diatas tadi, baru 1 sahaja terlepas, dan inilah perniagaan online pertama saya di Malaysia ini.
http://toneexcel.biz


Mungkin ia terbaik untuk saya, tetapi tidak untuk anda. Cuma saya tekankan anda perlu menggunakan tapisan diatas untuk anda mencari perniagaan terbaik untuk diri anda sendiri. Jika anda tersalah pilih, anda hanya akan membazirkan duit yang begitu payah untuk diperolehi.

_____________________________________________________________

Kedua: Dari 200 orang yang memilih perniagaan terbaik itu, hanya SEORANG sahaja yang melepasi untuk menjadi orang yang berjaya dalam perniagaan tersebut.

Penyumbang pertama kepada kegagalan walau pun anda telah memilih perniagaan yang baik adalah, masih ramai yang menggunakan cara offline secara salah dalam mengembangkan perniagaan mereka.

Contoh yang biasa kita dengar. Bila kita menyertai sesuatu perniagaan itu, kita mula sebok call sana sini, kita mula contact kawan sana sini, kawan yang kenal yang tak kenal pun kita contact. Sembang sampai 20 minit semata-mata nak jumpa kerana nak perkenalkan sesuatu yang baik. Itu seorang kalau 20 orang, 20 kali 20 tak 400 minit. Komisyen sekupang pun tak dapat lagi, duit dah habis 400x30 sen = RM 120, tak apa, berniaga, biasalah, kalau tak bekorban dulu mana nak dapat untung, berniaga burger pun kena keluar dua tiga ribu baru boleh dapat hasil, kita kena berkorban dulu... walau pun kita sendiri yang terkorban. He he , untung yang dijanjikan tak juga muncul-muncul. Berkorban dan terkorban sia-sia namanya. Itu belum lagi kira terkorban masa dengan keluarga.

Satu lagi yang biasa terjadi, kalau ada presentation, meeting, briefing atau talk. Katakanlah malam minggu ada, ada speaker yang hebat-hebat akan bercakap malam tersebut. Sebuklah kita mengajak kawan2 pergi presentation tersebut, talipon mereka bagai nak rak, habis duit prepaid pun tak apa, pelaburan lah katakan, akhirnya dalam 20 orang yang kita talipon, 4 orang bersetuju nak pergi, tapi sorang kat utara, seorang kat selatan, sorang kat timur, sorang kat barat. Tempat talk kat tengah tengah2. Nak pulak mereka tak ada kereta atau tak tahu nak pergi sendiri, punya la semangat, kita pun kata tak apa, nanti saya jemput, siap jemput sorang2. Utara, selatan, timur, barat kita pergi semata-mata nak bawa ketengah. Akhirnya sampailah ketempat presentation, dengarlah tukang karut bercerita kat depan sorang2. Kita pun bersorak sorai, bertepuk tangan bagai nak rak, nak bagi semangat lah katakan kat member-member baru ni. Selepas presentation tadi, kita pun perkenalkan member2 kita kat penceramah tersebut, dekat taiko2 yang lain, lepas tu sure ajak makan kat kedai mamak, sembang-sembang, harap2 dapat sembang dengai taiko2, mau empat-empat kawan kita tu join terus. Kalau nak promote, mesti promote pekej yang besar selalu, baru kita boleh untung besar......... dia orang, lantak lah, tak kira samada member kita tu ada duit ke tak ada ke, janji join, janji ikan besar. Besar punya...

Soalan yang perlu kita jawab:
Walau pun kita sekupang komisyen pun tak dapat lagi,

Sapa nak bayar duit minyak semasa kita ambil member2 kita tadi yang di utara/selatan/timur/barat?.
Kita! Tak apa, berkorban apa saja utk bisnes ini.

Sapa nak bayar duit tol?
Kita! Tak apa, berkorban apa saja utk bisnes ini.

Sapa yang nak bayar duit makan minum semasa kat kedai mamak tadi?
Kita! Tak apa, berkorban apa saja utk bisnes ini.

Sapa yang nak hantar balik member2 tadi tu?
Kita! Tak apa, berkorban apa saja utk bisnes ini.

Sapa yang nak bayar duit minyak dan tol semasa kita hantar member2 kita balik ?
Kita! Tak apa, berkorban apa saja utk bisnes ini.

Siapa yang balik lewat, sehingga menyebabkan orang rumah kita risau, hingga anak2 tanya "Bapak gi mana mak"?
Kita! Tak apa, berkorban apa saja utk bisnes ini.

Siapa yang mengantuk nak pergi kerja keesokkan harinya pasal malam tadi balik kat subuh?
Kita! Tak apa, berkorban apa saja utk bisnes ini.

Siapa yang telah banyak habis duit daripada yang dapat, dan telah mengunakan cara ini untuk bisnes2 sebelumnya tetapi masih tak berjaya?
Kita! Tak apa, berkorban apa saja utk bisnes ini.

Siapa yang telah membantu menyebarkan beban kepada masyarakat kita, membantu menambahkan beban kepada kawan2 kita?
En Mazelan lah!!! Saya tak, saya buat bisnes aje..............

Adooooooooooooooooooooooooo hai........................

Dah tahu cara ini tak akan berjaya, kenapa buat juga, berapa ramai yang boleh gila-gila buat kerja macam tu, berapa ramai yang sanggup habis duit daripada dapat duit. Kalau dah tahu tak ramai, maknanya tak ramai yang akan bantu kembangkan perniagaan kita, bila makin sikit orang yang kembangkan perniagaan itu, maknanya satu hari nanti ia tidak akan bergerak langsung....

_____________________________________________________________________
Apa sebenarnya yang perlu dilakukan untuk mengelakkan kita membuat kesilapan di langkah kedua ini.

1. Kalau nak buat bisnes ini secara offline. Pertama promote keluarga terdekat, mak bapak, suami/isteri, anak2, baru kita tahu perniagaan ini ada kebaikkan bukan beban. Kalau kita tak mahu, itu tandanya perniagaan itu tak berapa baik.

2. Lepas tu sembang kat mana sahaja kebaikan tersebut, kat member2 sekerja, dalam email, dekat facebook, dekat chatting, kalau mereka tak berminat, tekankan kebaikan produk tersebut. Jangan cerita marketing plan ke, atau masuk bisnes ni boleh buat duit juta-juta, nanti bila mereka tanya, berapa engkau dah dapat, takut terkedu pulak kita nak jawab, sekupang pun tak masuk lagi.

3. Kalau ada member yang berminat, suruh dia datang jumpa kita, bukan kita pergi jumpa dia. Kalau ada orang sms nak tanya perkara ini, jawab dgn SMS sahaja, jangan call.

4. Kalau kita nak pergi presentation sekali-sekali, pergi semata-mata untuk kita dapatkan maklumat terbaru, dan ajak kawan2 yang dekat2 sebelah rumah sahaja, itu pun kalau ada, kalau tak ada pergi sorang2 je.

5. Dalam masa yang sama belajar sikit2 menggunakan internet untuk buat promosi. Secara internet ni dia ada dua cara.
a. Satu, cara direct selling: Kita gunakan website sendiri atau website replika (yang ini cepat sikit) dan kita tembak setiap hari di facebook, iklan percuma, youtube, twitter, swom,  yahoo group etc
Keburukkan cara ini: Kena buat selalu, malah lebih buat baik buat tiap2 hari. Penat sikit la, tapi tak perlu keluar duit minyak, duit tol, belanja orang makan, tak buang masa. Setiap hari dalam sejam dah cukup.

b. Kedua, cara indirect selling: Kita menggunakan website sendiri dan autoresponder untuk mengumpulkan sahabat, ini adalah cara yang terbaik dan pantas. Cuma kita perlu mengambil masa untuk mengumpulkan ramai subscriber. Kalau kita ada ramai subscriber, kalau kita terpilih perniagaan salah pun boleh buat duit cepat, tetapi saya anggap mereka ini tidak beretika kerana mementingkan duit lebih daripada sahabat.

6. Perlu betulkan attitude/sikap kita sendiri. Jangan buat satu2 perkara itu suam-suam najis ayam serama, tak sampai sebulan, hilang entah kemana.... (pantun yang baru dicipta sebentar tadi)
Kalau nak tengok hasil sesuatu perniagaan tersebut, cuba buat sampai 2 tahun. Tengok apa hasilnya. Ini dak, baru 2 bulan, dah hilang. Kalau macam tu, buat apa2 pun tak jadi... Buat biz A, 4 bulan, buat bis B, 3 bulan, Buat biz C, 6 bulan, buat bisnez D, setahun, lama sikit, sebab dapat tipu ramai orang, sebab tu lama sikit.... .. taik ayam tak sempat nak jadi baja, dah kita sepak. Orang macam ni buat apa pun tak jadi, jangan bawa perangai ni dalam perkahwinan udah le......

Orang gagal terlalu sibuk mencari alasan, orang berjaya terlalu sibuk mencari peluang, hingga tiada masa untuk melihat alasan.

Apa tidaknya, baru dua tiga bulan join satu-satu perniagaan tu, dah jumpa macam-macam alasan, kompani tak bagus lah, upline tak mahu support lah, komisyen lambat bayar lah, kompeni tak betul lah, upline tak betul lah, produk susah jual lah, produk mahal lah, itu tak betul, ini tak betul..... lepas tu lompat bisnes lain, pun serupa, cari lagi alasan, lepas enam tujuh bulan, lompat lagi buat bis lain, lompat sikatak lompat, lompat tinggi-tinggi, cepat lah adik cepat, cepat bangun pagi-pagi, kena pergi kerja la, orang macam tu elok kerja, jangan nak cuba2 buat bisnes, perabih duit dia dan keluarga dia je. Tegur elok-elok kita dimarahnya, tidak pun, hilang, harap2 ada yang baca email ni... kalau idak tulis sorang je le...

Saya tahu mungkin ada kawan yang tak suka saya tulis artikel ini, tapi itulah, telan mati emak, luah mati bapak, kalau dibiarkan berterusan, masyarakat kita juga yang musnah. Itulah sebabnya, bila dah buat itu dan ini tak menjadi, buat biz itu dan ini tak berjaya, mula join skim cepat kaya, dan kita sendiri tahu penangan skim cepat kaya ni, yang kaya dua tiga orang, yang kayap dua tiga puluh ribu orang. Dan yang paling sedihnya, kebanyakkan yang memonopi kekayapan tersebut datang dari bangsa saya sendiri... jadi sebar2kan artikel ini, mudah2an ada kebaikkannya, dan jika ada yang menjadi penyebar beban dan penyumbang kepada perkara ini... hentikanlah, walau pun ia sakit hati sikit pada manusia penyebok ini yang bernama Mazelan Abas.

Kadang2 kita perlukan kayu beruti bawah rumah untuk terantuk, baru kita nak tengadah.

Wassalam.

Terima Kasih
Mazelan Abas
0122856223
http://toneexcel.biz
Perniagaan satu dalam dua ratus.
http://tutorialgdi.ws
Tempat belajar website dan marketing secara percuma.

Sila baca sehingga habis, baca jangan tak baca.

Untuk sama-sama menjana pendapatan secara pasif, sila hubungi saya.



Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

No comments:

Post a Comment