Assalamualaikum w.b.t,
Setelah beberapa hari berada di kampung halaman, terasa
makin seronok dan rasa macam tak nak
balik ke Bandar semula. Padahal bukannya
keluar ke mana mana pun, hanya melepak di dalam rumah sendiri.
Suasana pagi yang sejuk di kampung sungguh enak untuk menyambung tidur dengan menarik selimut. Nak bangun untuk solat subuh pun agak liat, apatah lagi untuk bangun bertahajud dan sebagainya. Perlukan kekuatan dalaman untuk melawan semua ini.
Hari ini anak kedua dalam keadaan tidak sihat, merengek
sahaja dan tidak mahu berenggang kerana Nampak gaya macam baru nak demam. Suhu
badan panas, kaki dan tangan sejuk. Dah bagi sedikit supplemen yang dicampur ke
dalam susu tetapi nampaknya susu pun tidak berapa selera diminumnya. Dah tampal
juga koyok atau cool fever. Menanti sahaja suhu turun sedikit masa lagi dan
bolehlah dimandikan.
Walau keadaan rasa macam banyak halangan yang perlu diatasi
dan dihadapi, namun masih ada kesempatan untuk saya uruskan perniagaan di
hujung jari.Bukan susah mana pun, walaupun rasa lenguh juga tangan akibat
dukung anak yang dah setahun lebih, besar juga tusejam dua jam merengek. Tetapi
masih boleh buat kerja setelah tidurkan dan bergilir dengan ahli keluarga yang
lain. Memang kena pandai uruskan masa terluang. Daripada berehat sahaja, baik
kita isi dengan sesuatu yang berfaedah.
Dalam tengah bercuti pun, Alhamdulillah ada juga pesanan dan
pertanyaan yang masuk walaupun tak semua menjadi rezeki saya tetapi bersyukur
sahaja lah dengan apa yang ada.
Antaranya ada yang bertanya untuk menjadi ahli dcl dengan
pembelian dua botol bidadari, minuman kesihatan untuk wanita. Ada yang bertanya tentang maajun gamat, ada
yang bertanya tentang bagaimana nak berniaga dan ambil stok. Macam konsultan
tak berbayar pula saya walau saya tidak mengenali siapa yang bertanya, namun
niat saya membalas dan menjawab dengan ikhlas sahaja apa yang saya tahu dan
setakat mana yang dapat dibantu.
Hidup memberi adalah jauh lebih baik dari menerima. Jika
mampu apa salahnya. Jangan pula hidup dalam keadaan meminta-minta dengan
manusia, kelak akan dibenci. Namun jika kita meminta-minta dengan Allah, Allah
akan lebih suka dan memang kita harus meminta hanya pada Allah.
Sekian sedikit catatan saya di hari cuti. Seronok bercuti di
kampung yang tinggal beberapa hari saja lagi.
Sila
sms/whatsapp ke : 010-9336935
Sila buat
pembayaran ke
Akaun Maybank
: 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank
Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Sila
sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh,
jumlah dan jenis bank)
melalui
SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat
tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti
Atau boleh
isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party
Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Untuk yang
berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
No comments:
Post a Comment