Sekadar perkongsian pengalaman berada di rumah yang saya rasa sangat mendamaikan jiwa, sungguh tenang dan rumah tersusun, kemas bergaya. Tak lain dan tidak bukan di rumah sahabat lama yang layak dipangil kakak.
Datang ke rumahnya kerana jemputan yang sekian lama tidak dipenuhi.Akhirnya tertunai juga untuk ke sana.
Baik, terus lihat apa yang seronok sangat dekorasi rumah ini, maaf terlebih dahulu kerana gambar yang saya ambil tidak berapa baik seperti yang sebenar. Gambar di bawah adalah ruang tamu yang selesa untuk tetamu yang datang berkunjung. Walau ruang tidak begitu besar, tetapi tuan rumah bijak mengdekorasikan ruang ini menjadi sebegini rupa.
Tema rumah ini kebanyakan bewarna ungu kerana pemiliknya sangat meminati warna ini. Cukuplah sekadar 1 set sofa dan tambahan kerusi panjang untuk ruang ini, juga dipenuhi dengan sebuah televisyen dan set home theatre.
Gambar di bawah, ruang tamu terus menghala ke dapur, nampak terus kerana ruang rumah flat ini tidak begitu besar tetapi pandai tuan rumah letakkan pemisah di antaranya. Maaf sekali lagi kerana tidak berapa jelas gambar yang diambil. Saya berjanji kali kedua menjejakkan kaki ke sini akan diterangkan secara terperinci dengan izin tuan empunya rumah.
Saya yang terlebih teruja terasa lawa diambil dari depan cermin begini. Tengok sahaja hiasan di meja makan, diletakkan cermin untuk nampak aura besar di ruang ini. Bagi saya ia sangat menarik, tidak tahu lah untuk pembaca semua.
Sudah habis bercerita pasal deko rumah, saya nak masuk bab air batu campur yang disediakan sendiri oleh tuan rumah, betapa istimewanya terasa kunjungan saya ke rumah ini pada hari ini, tidak pernah lagi kemana-mana rumah, dilayan sebegini.
Siap dalam peti ais pun diambil gambar, sebenarnya ini untuk tunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat air batu campur. Asal kisahnya tuan rumah yang sudah sepenuh masa menjadi surirumah ini membuat perniagaan kecil-kecilan di rumah beliau. Menjual air batu campur kepada pembeli yang datang dan berminat untuk membeli.
Ini pula rupa makanan yang sudah terhidang, siap untuk menjami kami. Saya hanya memilih untuk makan ikan goreng, sudah lama tidak makan ikan goreng di rumah, kemudian sambal telur. Teringat akan masakan ayam masak merah mak di kampung. Rasanya seakan-akan.
Sempat tuan rumah bekalkan bekalan untuk dibawa pulang iaitu gulai ayam resepi mek kelantan kerana semasa berkunjung ke rumah ini, En suami tidak turut serta untuk bersama. Disertakan juga telur ayam masak merah. Semoga rezeki tuan rumah iaitu kakak ini semakin murah dan dirahmati Allah.
Saya memang menyimpan niat untuk datang lagi pada masa senang. Teringin lagi makan ABC yang dibuat kakak ini.
Sekian
Sila
sms/whatsapp ke : 010-9336935
Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Blog 2 : Stokis dan Produk DCL
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL
Sila buat
pembayaran ke
Akaun
Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank
Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Sila
sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh,
jumlah dan jenis bank)
melalui
SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat
tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti
Atau boleh
isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.
Jom
beriklan di sini : SOHO
Directory
Baca
terma iklan di sini : Syarat
pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party
Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan
fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp
ke : 010-9336935
Emel
: wanrokiahwannor@gmail.com
Facebook
: Wan
Rokiah
No comments:
Post a Comment