Seperti yang saya janjikan sebelum ini dalam entri ini, saya ingin bagitahu tips untuk anda hanya jalankan kerja anda dan tidak perlu buat kerja orang lain.
Satu lagi tips ialah untuk anda naik ke peringkat tertinggi dalam sesuatu jawatan yang anda ingin sandang. Biar sebelum ini saya pernah kongsikan, tetapi mungkin ramai yang tidak perasan, maka saya ulang semula tips ini untuk rujukan kita semua.
Mungkin tips ini sangat penting bagi yang berkehendak dan berhajat, namun bagi saya yang hanya sukakan kesederhanaan dan bersyukur dengan apa yang ada buat masa ini, masih tidak ada hati untuk lakukan tips ini.
Tips untuk perkara pertama, untuk elakkan anda lakukan kerja orang di kemudian hari, anda perlu sediakan persetujuan gambaran atau catatan kerja yang anda harus lakukan yang dipersetujui bersama anda dan majikan anda. Mesti ada hitam dan putih, jika ada tambahan kerja, perlu rujuk dan tambah ke dalam catatan kerja terlebih dahulu sbelum kerja tersebut dilakukan.
Maka di sini tidak akan ada perbalahan mengenai kerja tambahan yang perlu dilakukan kerana kedua-dua pihak sudah pun bersetuju pada awalnya.
Ok, untuk tips yang kedua, anda perlu menjaga hubungan baik anda dengan penyelia atau majikan anda yang mana satu orang yang layak menilai anda dan memberikan sejumlah atau yang dapat membuat keputusan untuk masa depan anda di syarikat tersebut.
Menjaga hubungan yang baik berdasarkan kerja semata-mata ya, jangan anda campur adukkan perkara peribadi dengan kerja. Jika boleh elakkan dari bercerita hal peribadi seperti hal keluarga dengan beliau. Ini bertujuan untuk adakan gap atau jarak hubungan antara majikan dan pekerja.
Setiap hari jumpa dan tunjukkan muka anda yang penuh semangat kepada bos anda.
Ceritakan atau laporkan apa yang anda berjaya buat dan minta pandangan beliau jika ada berlaku sebarang masalah semasa dalam proses menyiapkan sesuatu tugasan.
Tips yang lain selalu laporkan atau usulkan cadangan yang berkaitan kerja anda kepada beliau. Sebagai contoh ada penambahbaikan, anda minta pendapat dia sama ada boleh dilaksanakan atau tidak, biar bos kita tahu setiap progres kerja kita.
Cadangan tersebut hendaklah merangkumi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang contoh 3 bulan akan datang apa cadangan yang anda hendak lakukan.
Ok, saya berhenti di sini dahulu. Sehingga berjumpa di lain kali. Sedikit penerangan untuk tips ini adalah yang saya dapat dari seseorang yang boleh dipercayai dan dia telah pun capai apa yang dia inginkan. Tapi saya? Saya hanya kongsikan pada anda, mana tahu anda ada kehendak atau keinginan sebegitu. Macam saya, bersyukur dulu dengan apa yang ada. Bila betul saya berkeinginan nanti, saya akan gunakan tips berharga ini. Mudah-mudahan jadi dan niatkan kerana Allah S.W.T, bukan kerana lain dan bukan untuk rosakkan kerjaya orang lain.
Sekian,saya undur diri dulu,
Sama seperti biasa, bagi anda yang ingin dapatkan produk jualan saya, boleh hubungi saya seperti di bawah.
Sila
sms/whatsapp ke : 010-9336935
Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Blog 2 : Stokis dan Produk DCL
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL
Sila buat
pembayaran ke
Akaun
Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank
Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Sila
sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh,
jumlah dan jenis bank)
melalui
SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat
tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti
Atau boleh
isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.
Jom
beriklan di sini : SOHO
Directory
Baca
terma iklan di sini : Syarat
pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party
Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan
fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp
ke : 010-9336935
Emel
: wanrokiahwannor@gmail.com
Facebook
: Wan
Rokiah
No comments:
Post a Comment