Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Friday, 28 March 2014

Pesan Mak : Jangan Berhutang 2

Assalamualaikum w.b.t,

Jika anda masih ingat dan memang mengikuti blog ini, saya pernah menulis mengenai pesan mak jangan berhutang ini di entri yang lepas. Boleh rujuk di sini.

Masih berkisar mengenai pesan mak ini dan saya sendiri telah amalkan dalam kehidupan keluarga saya di mana semasa membeli peralatan kelengkapan rumah, peti sejuk, mesin basuh, perabot seperti  set bilik tidur, sofa dan meja makan saya telah beli secara tunai. Tiada skim ansuran atau hutang.

Pada tahun lepas atau rasanya dua tahun lepas, suami saya ingin membeli motorsikal juga berjenama LC, saya tidak tahu kenapa kaum lelaki berdekatan saya sangat meminati motorsikal jenis ini. Juga saya beli secara tunai walau si suami memang berkeinginan membeli secara ansuran dan bayaran bulanan hanya rendah.

Saya tetap berkeras utnuk membeli secra tunai dengan cara saya mengeluarkan sedikit duit simpanan sendiri yang memang tak banyak dan dicampur dengan pinjaman syarikat yang dibuat selama setahun. Ini kerana bayaran bunga yang rendah iaitu hanya sebanyak 3% untuk sejumlah pinjaman yang kita pinjam, memang sangat murah berbanding dengan mana-mana pinjaman di bank. sSyaratnya tempoh pinjaman dan bayar balik hanyalah 1 tahun bersamaan 12 bulan. Maknanya di sini jika pinjaman sebanyak RM5000, bunga hanya RM150 yang dibayar sekali sahaja pada permulaan bulan bayar, bukan setiap bulan ada penambahan.

Dengan duit itulah, berjaya kami beli motorsikal secara tunai dan tinggal untuk bayar bulan-bulan kepada syarikat di tempat saya bekerja sahaja.

Saya teringat ada kawan saya beli kereta secara tunai. Kereta baru Perodua Viva. Betapa dia berdisiplin menyimpan wang dan beli secara tunai. Kisah ini memang benar berlaku dan boleh dijadikan motivasi untuk kita amalkan petua jangan berhutang tetapi simpalah duit dan beli secara tunai.

Biar nampak tak mewah tetapi hati senang.
Sekian dulu.




Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah
 








No comments:

Post a Comment