Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Tuesday, 25 March 2014

Penemuan MH370

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah setiap suatu pencarian akan ditemukan titik akhir, akan berjumpa juga, yang penting usaha kena berterusan. Jangan mudah mengalah dan berhenti mencari. Allah hanya ingin menguji sejauh mana kepercayaan dan kebergantungharap manusia terhadap Nya.

Malam tadi saya tertidur awal, dan terjaga semula lebih kurang jam 1 pagi. Si suami beritahu saya yang MH370 sudah ditemui di lautan Hindi. Saya teringat kisah 1 pasangan suami isteri yang berasal dari Indonesia yang pernah menceritakan mimpi dia yang bertemu dengan pesawat ini di bawah dasar laut. Kisah pasangan suami isteri ini hanya berniat untuk menolong orang Malaysia yang sedang mencari MH370. Apa yang menarik pasangan ini adalah pasangan yang istiqomah solat malam, tahajud dan solat sunat yang lain pada setiap malam. Dan diberikan kelebihan oleh Allah s.w.t, untuk berhubung dengan alam ghaib. 

Dipendekkan cerita (jika saya terjumpa link cerita mengenai ini, saya akan pautkan di sini), si isteri memang bermimpi berjumpa dengan pesawat ini yang terjunam ke dasar laut dengan anak kapal dan penumpang yang masih berada di kerusi masing-masing dengan tali pinggang keselamatan masih terlekat kemas. Mereka semua meninggal dunia. Beliau juga nampak dua anak kecil yang menjadi penumpang pesawat ini, sungguh sayu melihat mereka.

Semasa saya terbaca kisah ini dalam minggu lepas yang sahabat ada kongsikan di laman muka buku, saya hanya membaca dan ambil tahu malah tidak berasa untuk kongsikan semula kerana tidak percaya dengan kesahihan cerita ini. Namun kini, segalanya mungkin.


http://www.extremetech.com/wp-content/uploads/2014/03/73602229_possible_plane_area3_6243.jpg
Imej: carian google


Saya hanya berharap segala spekulasi  mengenai MH370 dan anak kapal serta cerita-cerita yang memburukkan mereka dihentikan segera. Segala nya akan terjawab tidak lama lagi.

Apa yang perlu kita lakukan adalah bertabah dan berdoa untuk semua penumpang terutama yang beragama Islam, syahid ke jalan Allah dan syurga menunggu mereka.

Al fatihah. Tidak tahu berapa kali air mata saya menitis setiap kali terdengar dan terbaca berita mengenai kehilangan dan penemuan MH370.

Sekian dulu.

No comments:

Post a Comment