Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Saturday, 1 March 2014

Restoran Ana Ikan Bakar Petai 2

Assalamualaikum w.b.t,

Rasanya anda yang mengikuti blog saya mesti mengetahui yang minggu lepas saya sudah kongsikan mengenai tajuk di atas, kali ini datang lagi untuk versi kedua seperti yang dijanjikan sebelum ini di entri lepas.

Baik, pada keesokkannya harinya saya dan suami datang lagi ke kedai makan Ana Ikan Bakar ini untuk bagi suami pula yang rasa ikan pari bakar petai, kerana pada pendapat saya rasanya lain dari yang lain, agak sedap dan istemewa sebab ada petai. Tetapi yang rempahnya agak biasa saja.

Mari kita saksikan dulu gambar ikan pari yang diambil secara dekat. Ikan pari ini siap masak harganya RM18.70 lebih kurang, harga yang dipaparkan 100gm siap masak RM4. Bagi saya rasa berbaloi dan berpatutan.Cuma bezanya ikan ini dipotong kecil mungkin mudah untuk dibungkus, sebab yang makan sebelum ini adalah saiz yang besar dan tidak dipotong kecil.

 Sangat menyelerakan bukan?

Seperti biasa, hujung minggu begini memang ramai yang berkunjung di tempat begini untuk makan bersama keluarga masing-masing. Kami sampai lebih kurang jam 6 petang, kebanyakkan meja dan kerusi sudah dipenuhi pelanggan, tetapi nasib baik kami hanya beli bungkus saja.

Jadi bila balik ke rumah, siap masak nasi putih dan masak tomyam sotong serta sayur kangkung ikan masin. Baru dapat makan. Ini masakan yang dimasak di rumah.

 
Ini pula sos yang dibekalkan untuk makan bersama ikan pari bakar, ada dua sos kicap dan air asam.



Bagi anda yang tinggal jauh dari tempat makan ini yang berada di bandar baru bangi, berhampiran Balai Bomba Bandar Baru Bangi dan sederet dengan Balai Polis Bandar Baru Bangi, jangan risau kerana surau disedikana untuk kemudahan kita solat terutama solat Maghrib kerana biasanya kedai makan ini dibuka pada waktu petang. Dan jangan risau bagi yang ada keluarga dan anak-anak kecil, ada taman permainan disediakan bersebelah dengan surau.

Satu kagi pesanan tuan punya entri, tidak perlu risau kerana kemudahan parking ada siap dengan pengawal lalulintas, dan kawasan tempat makan adalah sangat luas. Boleh datang dan rasai sendiri.
Sekian, selamat berhujung minggu, salam ceria dari saya.

Bagi anda yang ingi membeli produk jualan saya, boleh ke blog atau facebook di bawah atau boleh hubungi saya seperti berikut.



Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

No comments:

Post a Comment