Suatu program diskusi ilmiah, DISKUSI IMAN - "Indahnya Hidayah Allah SWT akan dianjurkan oleh AJK Tadbir dan HELWA PKIAN Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi pada 2hb Mac 2014 bermula jam 09.30.
Suatu program yang sangat menarik dengan menampilkan panelis dan moderator yang mempunyai kepelbagaian latar belakang dan pengalaman tentang hidayah Allah SWT kepada diri mereka. Muslimin dan Muslimat yang berkesempatan dijemput hadir memenuhi Surau An Nur, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi seisi keluarga anda. Sebarkan maklumat ini kepada rakan, kenalan dan keluarga anda yang berdekatan. Wassalam.
Itulah antara ayat-ayat yang saya salin dari laman muka buku Ustaz Amir Muttakin dan dikongsi di sini untuk rujukan semua. Biarpun ia sudah berlalu namun tujuan saya adalah untuk berkongsi cerita yang saya dah dapat semasa menghadiri diskusi ini.
Kebiasaan saya suka mencatit apa sahaja yang penceramah cakap dan ajar namun kali ini berlainan, saya lebih suka mendengar dan tergamam dengan keletah dan bual bicara yang ahli panel ucapkan dan kongsikan kepada kami.
1) Artis Catriona Ross
Contoh yang paling dekat adalah artis Puan Catriona Ross yang nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross. Nama panggilan yang ibunya panggil adalah Hayati. Bagaimana beliau boleh bertudung dan apa perasaan ibunya yag telah lama menantikan saat-saat anaknya untuk bertudung.
Diceritakan bagaimana kehidupan semasa zaman sebelum berubah dengan zaman sekarang, cabaran yang dihadapi oleh masyarakat sekeliling yang mengaitkan beliau dengan Parti Islam PAS dan menuduhnya syiah oleh sahabat terdekat.
Bagaimana setiap cabaran yang dihadapi setelah bertudung diadukan kepada ibu dan ibunya menjadi pemberi semangat yang kuat dan penyokong di belakangnya.
(Saya akan kongsikan secara lanjut dalam entri akan datang jika berkesempatan)
2) Artis Shamsul Ghau-Ghau
Bagi Shamsul Ghau-Ghau atau nama sebenarnya Shamsul Azahar, bagaimana beliau yang dari seorang anggota polis menceburi ke bidang glamor menjadi artis dan sekarang diberi Hidayah oleh Allah melalui Surah Ar-Rahman yang selalu didengar setiap kali waktu zohor dan waktu asar di Masjid berdekatan rumah beliau yang baru berpindah ke Bandar baru bangi, iaitu Masjid Hasanah (masjid Hijau), seksyen 9, Bandar Baru Bangi.
Betapa besar kuasa Allah untuk memberi hidayah kepada hamba yang Dia mahukan, sungguh cantik peraturan dan perancangan Allah S.W.T, di mana sebelum ini tempat kediaman Shamsul adalah di bandar metropolitan Cheras yang pesat, berpindah ke Bandar Baru Bangi yang dikenali dengan Bandar Ilmu kerana banyak pusat pengajian terdapat di sini yang mana paling besar nya adalah UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia (4 tahun saya belajar bidang kejuruteraan di sini) dan banyak ulama-ulama yang berada di sekitar, paling utama Dato' Dr Harun Din yang ada pusat pengajian atau dikenali Surau An-Nur dan pusat perubatan Darussyifa di Seksyen 1, Bandar Baru Bangi.
Panjang cerita Shamsul bagaimana dia berbakti kepada ibunya dari zaman gaji RM300 sebulan sehingga memenangi satu pertandingan realiti yang menjadikan dirinya artis yang glamor, anak bongsu kepada ibu dan ditakdir berkahwin lambat kerana ingin menjaga ibu terlebih dahulu.
(In shaa Allah, ada masa, saya akan kongsikan lagi ceritanya di entri akan datang)
3) Haji Ayub Abdul Rahman
Di mana seorang mualaf yang berasal dari Penang, Bukit Mertajam atau lebih terperinci nama kampungnya adalah Kampung Pelanduk Jatuh. Sedari kecil memang berpegang kuat kepada ajaran Kristian dan bercita-cita besar ingin menjadi Paderi kerana mendengar jika menjadi Paderi, maka beliau boleh pilih mana-mana pintu Syurga yang beliau kehendaki apabila telah mati kelak. Begitulah ajaran yang diterima dari ajaran Kristian sedari kecil.
Dia seorang penganut agama yang rajin kerana bagi penganut Kristian yang lain, kebiasaan mereka mengunjungi gereja hanya sekali seminggu namun bagi Haji Ayub, beliau mengunjunginya setiap hari.
Dan apa yang menarik, yang beliau kongsikan kepada kami adalah beliau semasa sekolah di Bukit Mertajam, beliau pernah sekelas dengan dua orang yang memegang pujuk pimpinan negara kita sekarang ini dan apa yang hanya diketahui oleh beliau tentang Islam hanyalah jika masuk Islam, dia layak kahwin 4, itu sahaja yang disampaikan oleh mereka yang Islam pada masa itu kepada beliau.
Dipendekkan cerita beliau mencapai cita-cita untuk menjadi paderi tetapi bukan di Malaysia, di antarabangsa iaitu yang berpusat di German. jawatan tertinggi yang beliau pegang adalah IFS, International Forgiven of Sin, seorang yang layak menghapuskan dan mengampunkan dosa-dosa besar apa sahaja yang dilakukan oleh orang Kristian yang datang meminta keampunan.
Dan dalam pada itu beliau sangat bersedih hati kerana beliau adalah pemaaf atau pengampun dosa-dosa orang yang beliau tidak kenali sedangkan di kampung beliau iaitu penduduk dan jiran-jiran baik (Melayu dan Islam) beliau di Kampung Pelanduk Jatuh tidak diampunkan dan mereka seolah-olah hidup dalam kesesatan (bagi fikiran Hj Ayub) pada masa itu, sebelum Islam.
Kenapa Haji Ayub rasakan mereka adalah orang yang baik adalah kerana semasa bulan puasa atau ramadhan, mereka biasanya menghantar makanan dan hidangan yang lazat-lazat ke rumah Haji Ayub dan keluarga padahal mereka sendiri belum berbuka puasa dan merasa makanan yang lazat tersebut. Maka pada fikiran Haji Ayub, beliau harus berbuat sesuatu untuk menolong mereka supaya mereka dapat bersama-sama masuk ke Syurga Allah.
Pada suatu malam, Haji Ayub bertahajud kepada Allah di dalam gereja dan di depan para salib, Jangan tak tau ya, dalam agama Kristian, semua paderi juga diwajibkan solat sebanyak 5 waktu sehari semalam secara berjemaah dan banyak aktiviti keagamaan yang lain dilakukan seperti solat Tahajud (dalam Kristian dipanggil nama lain). Nak dijadikan cerita, beliau tertidur dan dalam tidur, beliau bermimpi dan mendengar satu suara menyuruh beliau mendalami agama Islam jika nak menolong penduduk atau orang kampung beliau.
Bila tersedar, beliau mencari adakah ada orang lain bersama beliau di dalam gereja tersebut tetapi ternyata tidak ada. Untuk pengetahuan anda, adalah dilarang keras untuk seorang paderitidur di gerja tidak kira pada masa bila pun.
Saya rasa terlalu panjang lebar saya menulis untuk entri ini dan ambil masa yang sangat lama, terhenti-henti kerana ada banyak gangguan luar yang perlu diatasi dulu.
Ok sehingga berjumpa lagi untuk entri sambungan.
Seperti biasa, bagi anda yang nak dan berminat untuk membeli barangan jualan saya, boleh hubungi
Sila
sms/whatsapp ke : 010-9336935
Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Blog 2 : Stokis dan Produk DCL
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL
Sila buat
pembayaran ke
Akaun
Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank
Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Sila
sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh,
jumlah dan jenis bank)
melalui
SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat
tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti
Atau boleh
isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.
Jom
beriklan di sini : SOHO
Directory
Baca
terma iklan di sini : Syarat
pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party
Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan
fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp
ke : 010-9336935
Emel
: wanrokiahwannor@gmail.com
Facebook
: Wan
Rokiah
No comments:
Post a Comment