Ya walaupun apa saja yang berlaku, musibah apa yang datang, hidup perlu diteruskan bagi kita yang masih hidup, masih perlu berusaha seperti rutin biasa.
Apa yang kita mampu lakukan sebagai orang biasa adalah berikan doa untuk MH370 dan anak kapal serta mereka yang ada di dalam pesawat tersebut.
Dua hari cuti di rumah penuh dengan cerita ini sahaja di TV mahupun di telefon bimbit, di laman muka buku dan lain-lain. Doakan sajalah kerana kita tidak tahu situasi yang sebenar sedang berlaku.
Ya
Allah, sesungguhnya apa yang ada di langit dan di bumi ini milik MU Ya Allah
Apa yang berlaku
adalah ketentuan MU
Kami mohon kasih sayangMU Ya Rabbi,
Berilah
kekuatan dan ketabahan kepada semua ahli keluarga penumpang-penumpang MH370 yang
sedang dalam kesedihan dan kedukacitaan,
Berikanlah sebarang tanda untuk
pesawat itu untuk ditemui dan mudahkan lah untuk menemuinya, Hanya
pada MU, kami menyerah dan hanya pada MU kami mohon pertolongan,
Amin.
Panjang-panjangkan lah doa ini.Sebab kita
tidak tahu antara mereka yang membaca dan mengaminkan doa ini mungkin orang
itu doanya yg paling makbul.
In shaa Allah.
No comments:
Post a Comment