Setiap permasalahan yang Allah uji kita sebenarnya terkandung nikmat dan hikmah tersendiri.
Rupanya kejadian radio kereta yang rosak ada sangkut paut dengan keadaan penyaman hawa dingin kereta. Ini kerana apabila radio tidak dipasang, maka tiada gangguan jika tidak pasang penyaman hawa dingin. Tiada bunyi bising yang menggangu sebab radio sudah senyap. Boleh buka tingkap seluas-luasnya.
Sejak buka tingkap setiap kali masuk ke kereta dan tak buka penyaman hawa dingin, minyak kereta jarang kena isi. Selalu boleh dikatakan kerap setiap minggu perlu isi minyak lebih kurang RM50 seminggu. Sekarang sudah 10 hari tetapi minyak yang diisi penuh baru turun 3 tangga. Masih banyak lagi.
Jom layan gambar,
Keadaan tingkap kereta yang dibuka supaya angin luar sepoi-sepoi masuk ke dalam kereta. Indah juga pemandangan di luar tingkap. Kehijauan sangat.
Ini pula keadaan radio yang lebih dua bulan menyepikan diri. Belum ada peluang untuk tukarkan dengan yang baru. Ada hikmah tersembunyi di sini, di saat tidak mendengar radio, hiburan lagu-lagu yang berkumandang, saya sepenuhnya menggunakan akal untuk berfikir akan kejadian alam, ingatkan Dia dengan berzikir, alunkan bacaan surah-surah pendek semasa memandu. Kadang kala saya plan aktiviti apa yang nak dilakukan di pagi hari semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Ingatkan diri semula apa yang sudah dirancang di malam hari.
Sedikit kisah benar yang berlaku pada diri saya sendiri sebagai catatan di hari depan. Ia juga dijadikan motivasi untuk diri dan orang lain supaya tidak mudah memandang masalah sebagai masalah tetapi tukarkan masalah menjadi peluang. Fikirkan hikmah yang diberi, hati akan tenang.
Sekian.
Jom
beriklan di sini : SOHO
Directory
Baca
terma iklan di sini : Syarat
pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party
Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan
fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp
ke : 010-9336935
Emel
: wanrokiahwannor@gmail.com
Facebook
: Wan
Rokiah
No comments:
Post a Comment