Assalamualaikum
w.b.t,
Entri hari ini merupakan catatan sendiri yang sedang membuat
pinjaman untuk pembelian sebuah kereta baru iaitu kereta proton saga flx auto.
Ini bukan untuk diri sendiri tetapi untuk kegunaan adik dan mak saya yang
berada di kampong bagi memudahkan urusan pergerakan mereka.
Ok, terus kepada tajuk di atas, saya telah membuat keputusan
untuk membuat pinjaman selama 7 tahun berbanding 9 tahun. Juga bersetuju untuk
membayar deposit sebanyak RM1000 sedangkan agen kereta tersebut hanya cadangkan
untuk bayar dengan harga RM88 sahaja, selebihnya jadikan hutang dengan bank.
Tak mengapa kerana niat saya yang asal untuk tidak mahu
menanggung hutang yang banyak dengan pihak bank. Saya juga tidak mahukan
interest atau bunga yang tinggi.
Akhirnya pihak bank telah meluluskan pinjaman saya untuk
membeli kereta tetapi hari yang saya berjumpa dengan pengawai bank untuk sign
agreement, tandatangan kontrak persetujuan, didapati yang jumlah pinjaman
adalah RM35k dan tahun pinjaman adalah 9 tahun sedangkan saya minta hanya 7
tahun. Interest yang dikenakan adalah lebih kurang RM10k iaitu sebanyak 3.25%.
Pilihan kedua jika membuat pinjaman sebanyak RM35k tetapi
jumlah tahun dikurangkan kepada 7 tahun, maka peratusan interest meningkat
menjadi 3.27%, dan nilai bunganya lebih kurang RM8k, lebih murah berbanding
nilai interest sebelum ini.
Di sini saya sekadar ingin kongsikan pengalaman dan sebagai
menjadi rujukan anda di luar sana yang sedang dalam proses untuk membuat
pinjaman terutama pinjaman kereta.
Apa yang dapat disimpulkan daripada cerita saya di atas
adalah lebih untung jika anda meminjam dalam tahun yang kurang tetapi risiko
nya anda perlu membayar bulanan dengan jumlah yang tinggi.
Baik di sini saya letakkan bayaran bulanan jika anda membuat
pilihan pertama iaitu tempoh pinjaman adalah 9 tahun, anda perlu membayar
secara ansuran bulanan sebanyak RM491. Tetapi jika anda memilih pilihan kedua
iatu tempoh pinjaman selama 7 tahun sahaja, jumlah ansuran yang perlu dibayar
bulan-bulan adalah RM521.
Maka di sini, anda boleh buat perkiraaan sendiri mengikut
bajet yang anda ada.
Ok, saya teringat nak berkongsi tentang kelebihan membuat
pinjaman kereta dengan Maybank, iaitu yang pertama interest nya adalah paling rendah
berbanding bank lain yang rata-rata 3.8%, proses yang cepat dan ada satu yang
paling istimewa adalah ada Insurans Etiqa yang melindungi pemandu dan kereta jika
berlaku apa-apa kematian, pembeli tidak perlu membayar bulanan kereta malah
automatik kereta tersebut akan menjadi milik pewaris.
Sekian dulu untuk entri kali ini. Semoga anda yang dalam
proses untuk membeli kereta baru boleh jadikan panduan daripada pengalaman saya
sendiri ini.
Jom
beriklan di sini : SOHO
Directory
Baca
terma iklan di sini : Syarat
pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party
Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan
fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp
ke : 010-9336935
Emel
: wanrokiahwannor@gmail.com
Facebook
: Wan
Rokiah
No comments:
Post a Comment