Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Thursday, 21 November 2013

Resepi Ikan Bakar versi Orang Pantang Bersalin

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah masih ada keinginan untuk saya coretkan entri di sini, saya nak kongsikan resepi ikan bakar yang saya baru sahaja buat semalam gara-gara kerana terliur dengan status kawan yang tengah dalam pantang di wall facebook beliau.

Maka balik dari kerja petang semalam saya terus mencari ikan kembung 3 ekor yang sederhana saiznya. Memang niat nak bakar dengan bahan-bahan yang akan disebut di bawah.

Bahan-bahan:
Ikan kembung segar
Lada Hitam
Bawang Putih
Halia
Sedikit Garam
Serbuk kunyit.

Cara-caranya:
1) Sian ikan kembung dan cuci bersih
2) Tumbuk awas atau rencah, bawang putih, halia dan lada hitam.
3)taburkan gram dan kunyit ke atas ikan.
4) barulah lumurkan ikan dengan bahan yang ditumbuk tadi, biarkan seketika, biar bahan/rencah itu meresap ke dalam ikan.
5) Panaskan pemanggang ajaib dan boleh mula bakar ikan.
6) Renjiskan sedikit minyak masak semasa membakar ika untuk menggelakkan ikan menjadi kering.
7) Bila agak-agak sudah masak, matikan api dan dimakan dengan nasi yang panas-panas,

Memang akan rasa feel orang yang dalam pantang bersalin lah. Sangat sedap, tak nampak lauk lain lagi, hanya nasi dan ikan bakar sahaja.


Inilah rupa ikan kembung yang saya bakar semalam.



Sekian, selamat mencuba dan merasai keenakkan ikan tersebut.

Seperti biasa, jangan lupa untuk hubungi saya jika berminat untuk membeli apa-apa produk dari kedai saya. Juga jangan segan silu, klik link blog saya yang lain. Terima kasih

 
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL


Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

No comments:

Post a Comment