Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Sunday, 17 November 2013

Kenduri Kahwin Sahabat Lama

Assalamualaikum w.b.t,

Biasalah cuti sekolah sudah bermula dan kenduri kahwin sana -sini, dapat jemputan pun sana-sini. Ini nak bercerita kenduri kahwin yang kami sekeluarga telah hadiri pada hari ini.

Ini sebenarnya sahabat lama yang hanya kenal selama dua tahun semasa bersekolah di MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang. Kami sekelas dari tingkatan empat sehingga tingkatan lima, kami juga berada di Homeroom yang sama, biasalah sekolah berasrama penuh memang akan ada seorang guru yang akan menjaga kami seperti keluarga. Guru kami ialah Puan Siti Khadijah.

Photo: Selamat pengantin baru Malan & isteri. Moga bahagia hingga ke syurga
Gambar ambil dari laman muka buku beliau.

Tiada gambar sendiri yang ambil, tunggu gambar dari Cameraman atau Photographer keluarkan nanti lah sebab masa kenduri tadi diajak bergambar sama. Tidak sabar pula nak menunggu.

Sebenarnya jika tidak datang memenuhi jemputan kahwin ini, mungkin tidak tahu masa bila lagi akan kami berjumpa bersua muka begini. Masing-masing ada hal tersendiri. Ini sahaja lah masa yang sesuai. Diharapkan lepas ini masih sering berhubungan, mana tahu akan melawat bayi mereka pula satu hari nanti.

Jarak rumah keluarga Fadhlan ini dari rumah sewa kami tidaklah jauh, Cik abe saya bawa kami ke sana, Dengkil melalui Putrajaya, biasalah dia memang biasa dengan Putrajaya ini. Masa perjalanan lebih kurang 20 minit sahaja.

Ditujukan khas entri ini untuk kenangan kami sendiri di masa akan datang,

Sekian, cerita pendek saya pada hari Ahad cuti ini.

 
Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

No comments:

Post a Comment