Assalamualaikum,
Lama sudah rasanya aku tak buat Giveaway blog kan? Kali terakhir dulu tahun 2010 sempena dengan pembukaan blog Mari Kelih aku. Ya Allah, lamanyaaaaa..Ok tak nak cerita panjang, kali ini aku mahu buat Giveaway sempena meraikan pengunjung ke SEJUTA blog ini. Alhamdulillah berkat berblog tanpa mengenal erti penat lelah (cewah ayat macam poyo je) kini view blog ini akan mencecah angka sejuta tidak lama lagi. Harapnya boleh hit SEJUTA sebelum tahun baru inilah ya!
Semalam bacaan dari hasil screenshot (tangkapan skrin) adalah 931330, hari ni mungkin sudah 932+++, Jadi sebagai penghargaan aku kepada semua, aku ingin menganjurkan Giveaway Sejuta Viewers 2013 bermula hari ini. Ada dua kategori yang boleh dipilih iaitu :
Kategori Biasa :
Hadiah yang Ditawarkan : 2 x RM50 (satu blog akan dipilih setiap bulan iaitu November & Disember)
Syarat-syarat penyertaan :
1) Buat entri khas bertajuk "Giveaway Sejuta Viewers Blog Zaila 2013"
2) Letakkan link blog ini http://zailabinimdae.blogspot.com/ di tepi side bar blog masing-masing
3) Letakkan komen di ruangan komen ini dan link kan balik ke Entri ini
Pemenang akan dipilih secara rawak jadi sesiapa sahaja boleh memasukinya. Tapi bagi pemenang bulan November, tidak boleh memenangi lagi untuk bulan Disember 2013.
Kategori Bisnes :
Hadiah yang ditawarkan : peluang memasuki kelas asas blog & fanpage secara PERCUMA (beserta 1 nota ebook asas blog & fanpage)
Syarat-syarat penyertaan :
1) Buat entri khas bertajuk "Saya Mahu Menjadi Protege Kelas Asas Blog & Fanpage Zaila Mohamad"
2) Nyatakan sebabnya (boleh buat karangan panjang mahupun pendek)
3) Letakkan link blog ini http://zailabinimdae.blogspot.com/ di sidebar blog
4) Letakkan link blog ini http://sohodirectory.blogspot.com/ di side bar blog
5) Letakkan link blog ini http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/ di side bar blog
6) Letakkan komen di ruangan ini dan link kan balik ke Entri ini
Hadiah Utama SEJUTA Viewers :
Hadiah ini adalah bagi mereka yang berkesempatan menjadi pengunjung ke SEJUTA blog ini. Sila emailkan paparan screenshot ke email aku zailamohamad@yahoo.com dan hadiah menarik iaitu wang tunai sebanyak RM50 akan dikreditkan ke akaun anda!!! Sekiranya terdapat lebih dari seorang, maka sistem siapa cepat dia yang dapat akan digunakan dalam menentukan pemenang!
Oklah, itu sahaja syarat peraduan ini, sesiapa sahaja boleh menyertainya dengan memenuhi semua syarat yang aku letakkan di atas. Kalau ditanya aku nak pilih kategori mana, jawapan aku baik pilih kategori bisnes sebabnya boleh dapat ilmu berniaga online. Daripada ilmu yang dapat tu boleh pula jana pendapatan dengan blog & fanpage, silap haribulan lagi kaya dari aku..HAHAHA
Tapi sudah tentulah semua student aku tak boleh masuk kategori bisnes sebab mereka dah KAYA. Eh! Bukan sebab mereka dah ada semua asas dalam membina sebuah blog & fanpage yang berpengaruh. Kalau nak masuk kategori 1 baru boleh. Sila-silakanlah ya :)
Pada yang masih belum faham, sila tinggalkan komen atau berhubung terus ke email zailamohamad@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan. Terima kasih dans elamat mencuba!
No comments:
Post a Comment