Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Sunday, 3 November 2013

Target untuk Tunaikan Haji/Umrah

Assalamualaikum w.b.t,

Kaabah : sumber dari google


Bila mendengar ceramah dari seorang ustaz, Ust Hisbul Rahman (Imam Muda) yang bercerita akan makbulnya doa orang yang berdoa di Makkah. Tak kira jika kita pergi musim Haji atau pergi untuk buat lawatan iaitu Umrah menjadikan diri saya berkobar-kobar dan menanam azam untuk sampai ke sana.

Caranya adalah dengan mengumpul duit untuk pergi umrah. Mungkin umrah lebih senang berbanding haji kerana haji limit atau terhad untuk musim haji yang datang setahun sekali. Berlainan dengan umrah yang kita boleh pergi bila-bila ada kelapangan dan sumber yang cukup.

Cerita yang dikongsikan ustaz ini ialah ada seorang pelajar Malaysia yang memang teringin nak pergi ke Mekah, maka dia minta sambung pengajian ke sana. Alhamdulillah impian dia tercapai. Yang nak menjadi kisahnya apabila sampai ke Mekah, dia tertidur di dalam masjidil Haram menyebabkan dompet dia telah dicuri orang. Yang malangnya lagi dompet tersebut mengandungi semua wang yang dibawa dan passport serta kad pelajarnya. Nak dijadikan cerita lagi, masa kejadian adalah di dalam bulan puasa. Apabila dia tersedar, dia mencari dompet dan ternyata memang hilang. Dia langsung tak risau akan diri dia yang tiada pa-apa sekarang, tetapi apa yang dirisaukannya adalah dia belum membayar zakat fitrah untuk diri dia pada tahun itu.

Tengoklah, berada dalam kesusahan pun masih ingat perkara wajib yang perlu dilakukan , maka ia tampil ke depan dan bertanya kepada penjaga Masjidil Haram “ adakah orang yang tidak punya apa-apa harta wajib membayar zakat fitrah”
Maka penjaga tersebut menjawab tidak wajib. Lega lah perasaan si pelajar tadi.

Kemudian penjaga tadi bertanya “siapa yang tiada harta tadi”. Jawab dia, “sayalah”. Jadi penjaga tersebut menghulurkan sejumlah wang kepada pelajar tadi “nah ambil lah, ini hak kamu”.
Bersyukur lah yang dia, si pelajar tadi dapat wang. Maka dia solat di dalam masjidil haram dan berdoa semoga Allah mengembalikan passport dan kad pelajarnya kerana dia sudah tidak tahu mana hala tuju, dia masih baru di situ.

Dia sangat yakin yang doa orang yang berada dalam keadaan kesusahan mudah dimakbulkan oleh Allah, apa lagi bila berada di Mekah. Dia bersungguh-sungguh memohon.

Biasalah kita manusia biasa, bila berada dalam keadaan susah, akan meminta dengan sepenuh hati pada sang pencipta.

Allah telah makbulkan doa pelajar tersebut. Semasa dia keluar dari masjidil haram dan menunggu teksi. Ternampak kad pelajar dan passport nya di bawah perut teksi. Gembiralah dia, baru terfikir kenapalah dia tak berdoa supaya dikembalikan juga dompet dan wang di dalamnya. Kalau tu yang dioakan pasti makbul juga.

Begitulah kita sebagai manusia, bila dalam kesusahan, kita meminta dengan bersungguh-sungguh. Jika berada dalam keadaan biasa, kita berdoa dan memohon kepada Nya dengan biasa-biasa sahaja juga.


Sekian   


Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


No comments:

Post a Comment