Cari di sini

iklan

Tuesday, 12 November 2013

Tersalah bayar bil elektrik


 Assalamualaikum w.b.t,

Nak kongsikan sedikit pengalaman saya sendiri bila melalui masalah ini. Mungkin jarang orang atau tak pernah orang buat tersalah bayar bil kan? Walau bagaimana pun mungkn saya seorang sahaja atau ada juga yang mengalami nasib seperti saya. Bukan salah sesiapa, Cuma kecuaian diri snediri yang tidak ambil berat akan perihal ini.

Ceritanya bermula apabila tuan rumah yang saya menyewa sekarang bertukar tuan. Ingatkan hanya tuan rumah yang bertukar tetapi rupanya segala bil api, bil air pun bertukar juga.  Walaupun pada awalnya sudah perasan yang nama pada bil adalah nama tuan yang baru tetapi tidak saya perasan akan akaun pada bil tersebut sudah berubah.

Jadi sudah biasa saya tetapkan akaun bil tersebut sebagai favourite payee di akaun maybank. Ini untuk memudahkan saya di masa akan datang iaitu setiap bulan tidak perlu nak minta tac number. Hanya terus bayar sahaja.

Jadi saya sudah bayar RM50 ke bil yang lama. Memang biasa saya akan bayar lebih untuk mengenapkan jumlah. Bila sampai bil baru, ada jumlah tertunggak menunjukkan tidak bayar bil bulan lepas. Saya pun orang nya memang jenis mudah lupa. Resit pula tidak disimpan atau print untuk dijadikan rekod.

Untuk senang cerita, saya bayar terus dua bulan bil menggunakan akaun tuan rumah yang baru. Selesai satu masalah. Masalah yang belum selesai adalah bagaimana nak dapatkan balik duit RM50 yang tersalah masuk itu.

Kawan saya nasihatkan pergi ke TNB atau Maybank untuk dapatkannya. Maka saya gigih mencari dan track balik resit yang dibayar untuk mudah buat rujukan. Dah siap semua, saya terus ke Pejabat TNB bandar baru bangi, nasib baik dekat dengan rumah dan tempat kerja. Saya disuruh naik ke tingkat 3. Bila diterangkan, pengawai di situ suruh isi satu borang. Tetapi bila ternamapak resit yang saya bayar, dia kata tak boleh ambil di sini, saya kena call pihak Maybank2u. 

Disebabkan Bank Maybank pun dekat, saya terus ke Maybank. Orang di kaunter suruh naik dan terus ke bilik 7, bilik untuk tukar duit syiling, duit kecil, baru saya tahu. Sebelum ini tidak pernah tahu pun.
Tunggu punya tunggu baru dapat masuk ke bilik 7, bila diceritakan masalah saya, orang tersebut suruh saya call terus customer service Maybank2u, tiada kaitan dengan Maybank di sini. Siap bagi nombor telefon tersebut lagi.

Saya pun balik ke rumah dan terus call. Agak mengambil masa lebih kurang 20 minit juga baru selesai bercakap dengan pengawai maybank2u. Dalam masa 6-8 minggu baru akan dapat balik duit saya itu. 

Masa sesi perbualan dengan pengawai maybank2u tersebut, apa yang perlu diberi maklumatnya adalah, no akaun bil elektrik tuan rumah yang lama, no akaun maybank, no kad bank, tarikh saya membuat transaksi. Nasib baik semua maklumat tersebut ada bersama saya. maka urusan dapat dipercepatkan. bayangkan jikamsemua maklumat tersebut tidak ada, dan perlu mencari dahulu, sudah pasti ia akan mengambil masa yang lebih lama dan mungkin tidak dapat diselesaikan dalam masa 20 minit tersebut. Maka apa yang perlu saya buat sekarang adalah menunggu sehingga  pihak TNB telefon saya dan pihak Maybank telefon semula untuk pengesahan.

Sekian, sedikit pengalaman saya sendiri yang mengalami masalah tersalah bayar bil kerana no akaun telah bertukar.
Pengajaran untuk saya dan moga tidak akan berlaku lagi.



Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah