Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Monday, 11 November 2013

Tinggalkan Anak Di Taska

Assalamualaikum w.b.t,

Memang ibu mana yang tidak gundah gulana setiap kali pergi meninggalkan anak-anak dalam jagaan orang lain. Memang sebagai ibu, kadang kita sendiri agak tidak sabar melayan kerenah anak yang semakin hari semakin lasak, macam-macam kerenah yang dibuat dan betul-betul menguji kesabaran. Tetapi sangat berbeza dengan kita sendiri yang menjaga berbanding orang lain.

Apa yang boleh dilakukan adalah hanya berdoa semoga anak dalam lindungan Allah S.W.T. Sentiasa sedekahkan Al-fatihah setiap kali teringatkan anak. Mesej cikgu taska untuk tahu perkembangan anak. Ini semua langkah yang boleh diambil untuk elakkan kejadian yang tidak diingini.

Biasalah, di taska yang saya hantarkan anak-anak ini, gurunya sentiasa bertukar. Ini semua bukan dalam kuasa kita. Perlu bertahan dan bersabar sahaja. Yang penting selidiki dulu taska tersebut di bawah kelolaan JKM iaitu Jabatan Kemajuan Masyarakat atau tidak.

Dengan kes penderaan yang banyak sekarang, lagi menakutkan kita sebagai ibu bapa terutama ibu untuk menghantar anak-anak kepada pengasuh dan taska. Tetapi apa kan daya, tuntutan masa kini sangat memerlukan kedua-dua ibu dan bapa bekerja. Ini memang terjadi kepada saya.

Ingin di sini saya memberi cadangan kepada Pengetua atau Guru Besar setiap Taska supaya memasang sistem kamera berlitar atau cctv di setiap premis mereka untuk menggelakkan kejadian guru mendera kanak-kanak. Ini juga akan meningkatkan tahap kepercayaan kami ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke tempat mereka.

Sebagai ibu bapa, kita kalau boleh pun teringin untuk mengetahui bagaimana keadaan anak di Taska. Ingin melihat sendiri jika ada video bagaimana guru menguruskan anak-anak, bagaimana sesi pembelajaran mereka. Ini semua sebagai langkah untuk mengelakkan kejadia tidak diingini. Kita pun ingin tahu apa yang dimakan oleh anak-anak semasa di Taska. Apa yang mereka buat, bagaimana pergaulan mereka dengan kawan-kawan dan sebagainya. Maka boleh lah kita membuat susulan di rumah mengenai perkara-perkara ini.

 Ini sekadar pendapat dah luahan sebenar seorang ibu yang bekerja seperti saya ini.

Semoga banyak lagi entri lain yang akan muncul selepas ini. Pengalaman saya menghantar anak pada hari Sabtu, layanan guru di Taska dan sebagainya. Nantikan bersama-sama.

Sekian.

 
Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah








No comments:

Post a Comment